Monday, 7 May 2012

Dari Lundang Ke Stretford End

BPL musim 2011/2012 ni lain macam sikit dia punya saingan. ada contender baru yang join dalam perebutan takhta juara liga selain dari Big 4 yang sedia ada. musim ni Manchester City adalah contender baru untuk jadi juara BPL. sehingga pada ketika ini, Manchester City masih lagi at the top spot of the league, diikuti Manchester United dan Arsenal. dua-dua team sama points iaitu 86 tapi beza pada jaringan gol dengan kelebihan Manchester City 10 gol. sehingga pada waktu ini juga Arsenal memang tak dapat nak fight dah untuk 2nd spot sebab point differences dengan Manchester United agak jauh. however, 3rd spot is still open between Arsenal, Tottenham Hotspurs dan Newcastle United. maka, berebutlah antara 3 pasukan ni.

naluri hati saya kuat mengatakan musim ni Manchester City bakal jadi juara BPL. dah berapa musim dah sebelum ini tak pernah-pernah Manchester City join sekali dalam berebut nak jadi juara liga tapi musim ni mereka join sekali. dari awal musim lagi saya perati mereka ni bersungguh lain macam. sebelum start season ni bukan main lagi spend juta-juta pound sterling beli player power-power. Manchester United macam biasa. tak gelojoh sangat spend duit. ada duit ke tidak nak beli player mahal-mahal entah Manchester United ni. Manchester City ni memang betul noisy neighbors for Manchester United. orang nak menang liga, dia pun nak juga. mentang-mentang la owner baru jutawan dari Arab memang seronoklah mereka spend duit.

dalam scene bola sepak, baki 1 game lagi ni macam-macam benda mustahil boleh jadi. mengikut kata orang putih, anything can happen in football. sebagai salah seorang pendukung setia Manchester United semenjak sekolah rendah darjah 3 lagi, hipotesis saya pada awal musim ini adalah Manchester United akan jadi juara liga buat kali yang ke-20 sekaligus mencipta rekod baru dalam sejarah bola sepak di England. namun begitu, "Manchester City juara BPL musim 2011/2012" ni akan saya anggap sebagai kesimpulan awal. "Manchester United mempertahankan kejuaraan liga BPL musim 2011/2012 setelah Manchester City tewas mengejut 0-1 kepada QPR di Etihad Stadium" pula saya anggap sebagai kesimpulan impian atau kesimpulan penyedap hati yang tengah sakit hati dengan Manchester City. kah kah kah! 

walau apa sekalipun yang akan terjadi, GGMU!


p/s: perhaps now we can say that money CAN buy title league. innit, Mancini?

No comments:

Post a Comment