Mulai saat dan ketika ini, saya akan buat post dalam blog ini dengan mengikut segala undang-undang tatabahasa, grammar, vocabulary dan sebagainya yang mempunyai kaitan dalam pembikinan ayat atau penulisan tidak kira dalam bahasa Melayu mahupun in English. Yang mana perlu saya besarkan huruf, saya akan besarkan. Yang mana perlu saya letak tanda koma atau tanda soal, saya akan letakkan.
Tujuan utama saya membuat perubahan ini adalah kerana saya rasa bersalah jika tidak dapat mengikut undang-undang tatabahasa yang sebenarnya tidaklah susah untuk diamalkan. Lagi pun undang-undang tatabahasa ni tak pernah buat saya rasa menyampah, benci mahupun sakit hati dengan mereka. Tak macam undang-undang lain yang mana ada sesetengah tu macam bangang.
Waima apa sekalipun, bahasa rojak Manglish (Melayu campur English) akan tetap saya gunakan macam biasa. Walaupun pada hakikatnya bahasa rojak ni dikira perosak bahasa, saya tak nak kira macam tu sebab bahasa rojak ni sedap digunakan time nak marah atau kutuk-kutuk orang. Kah kah kah!
Jadi, akhir kata dari saya, nobody is perfect. Everybody has defect.
p/s: skema betul post ini.
No comments:
Post a Comment