Showing posts with label KB Regulars. Show all posts
Showing posts with label KB Regulars. Show all posts

Tuesday, 17 April 2012

KB Regulars: Siapa John Langford?

"Aku kena cari seluar slack baru ni nak pakai pergi kerja. Bos aku dah keluar fatwa haram dah seluar khakis skinny aku yang hitam tu. Faking asshole betul la," keluh Beyban Gomen.

"Kau pun satu hal. Apa bangang kau pakai seluar skinny ketat-ketat pergi kerja. Kau tu kerja dengan gomen. Bukannya kau kerja dengan kumpulan rock kangkang. Dah la ketat, kaki seluar singkat sampai nampak buku lali," tegur Abang Mat.

Sedang asyik Abang Mat dan Beyban Gomen berbual atas anak tangga depan rumah Beyban Gomen, tiba-tiba ada sebuah kereta Mitsubishi Storm warna hijau berhenti betul-betul depan rumah Beyban Gomen. Kelihatan Adik Ja dan Paiz Emo yang turun dari Storm itu dan berjalan menuju Abang Mat dan Beyban Gomen.

"Jamming malam ni apa macam bro? Lawan?" tanya Adik Ja.

"Malam ni kita sambung main metal macam hari tu. Kita bantai buat melodi metal sendiri," katanya Paiz Emo.

Brupp brupp brupp.

Ekzos kereta Perodua Kancil Lan Bibir berbunyi. Beliau baru sahaja tiba di hadapan rumah Beyban Gomen dan terus berjalan menuju ke anak tangga sambil tersenyum lebar menampakkan gigi. Abang Mat yang sedang syok menghirup asap rokok terus menggeleng-geleng kepala melihatkan perlakuan Lan Bibir.

"Weh Lan, aku tengok hari tu kau pakai seluar slack warna hitam macam smart je. Seluar slack apa kau pakai? Aku ingat nak sambar jugak sehelai dua," katanya Beyban Gomen.

"Aku pakai seluar slack designer," jawab Lan Bibir dengan muka malu-malu nak senyum.

"Designer? Siapa? tanya Abang Mat.

"John Langford," jawab Lan Bibir dengan muka tersenyum bangga.


Wednesday, 11 April 2012

KB Regulars: Bulu Tangkis Haram

Matahari dah naik tinggi. Cuaca pada ketika itu sungguh panas. Panas ceng-ceng. Suasana dalam rumah sunyi sepi tanpa sebarang bunyi-bunyian buatan dunia. Apa yang kedengaran hanyalah bunyi orang tengah mesin rumput dalam kawasan rumah jiran sebelah.
"Faking la.Dah pukul 2.00 petang rupanya. Nasi berlauk pagi tadi punya hal la ni," keluh Abang Mat.

Tiba-tiba telefon bimbit Blackberry Bold Abang Mat berbunyi nada dering lagu Glory, Glory Manchester United menandakan ada panggilan masuk. Abang Mat tersentak dalam keadaan masih lagi mamai lalu memerhatikan di skrin telefon bimbit untuk mengetahui makhluk mana yang menelefon beliau. Kelihatan di skrin nama Beyban Gomen muncul. Abang Mat terus menjawab panggilan tersebut.

"Hah, apa hal?" tanya Abang Mat dengan nada sedikit bengis.

"Woi pangan. Kau dah bangun belum? Bangun-bangun la gila. Jangan peraja sangat ke tidur tu," jawab Beyban Gomen.

"Aku dah bangun dah. Tadi lagi aku dah bangun. Apa hal nya? Nak ajak repeat snuker ke apa?" sahut Abang Mat balik sambil membuat auta terhadap Beyban Gomen.

"Faking. Sempat lagi nak kencing aku. Aku dengar suara kau pun dah tahu dah kau baru bangun. Petang ni pukul 5.30 petang minum kat Hayaki Billion. Lan Bibir join sekali. Ada benda nak bincang,"

"Ok, beres. Nanti aku sampai,". 

Suasana dalam kedai Hayaki bergema dengan lagu-lagu rock kapak yang dipasang di stereo. Abang Mat baru saja parking kereta beliau betul-betul di hadapan kedai. Beliau dah nampak kelibat Beyban Gomen dan Lan Bibir sedang duduk di meja paling tepi di bahagian luar kedai yang terbuka tanpa bumbung.

"Amboi, awal pula deme ni sampai. Selalunya lambat," keluh Abang Mat.

Abang Mat keluar dari kereta kesayangan beliau lalu berjalan ke arah meja mereka berdua. Lan Bibir tersenyum melihat Abang Mat dan menyuruh Abang Mat untuk order air. Beyban Gomen menarik keluar bekas ubat Strepsils yang berisi rokok Dunhill 4 batang dari poket baju kemeja beliau setelah air yang di-ordernya sampai.  

"Malam ni apa cerita? Stok kena lebih sikit malam ni. Baru sedap nak main. Yang 2 minggu lepas punya dah barai dah," katanya Lan Bibir kepada Beyban Gomen.

Ceh, ceh. Ceehh.

Abang Mat dan Beyban Gomen baru saja menghidupkan rokok mereka. Setiap sedutan yang mereka buat ditarik dengan sebaik mungkin untuk menikmati kesedapan rokok mereka.

"Rilek dulu. Stok baru ada. Aku baru ambil dari stor tadi. Malam ni mesti sedap punya kita main," jawab Beyban Gomen.

"Bagus. Aku dah benci tengok shuttlecock yang 2 minggu lepas. Macam celaka. Bulu banyak yang dah togel. Aku smash pun pergi macam pondan jadinya," sambung Abang Mat.