Tuesday, 1 May 2012

Anarchy In The KL

Bersih 3.0 telah pun selesai diadakan oleh Ambiga and the gang pada 28hb April 2012. pendukung-pendukung (dalam bahasa indonesia) atau penyokong-penyokong untuk acara Bersih 3.0 ini makin ramai kalau nak compare dengan Bersih 2.0 itu hari. aku tak dengar orang cakap mahupun tengok berita TV3 pun aku dah boleh agak dalam video-video di Youtube yang supporter Bersih 3.0 ni lagi ramai. crowd makin happening jadinya. acara kali ni aku tengok lagi power compared to the previous one which is Bersih 2.0. why? sebab ada kereta polis hilang kawalan dan terbabas sampai langgar orang. dah macam action movie Hollywood. kah kah kah!

aku sebenarnya setuju juga dengan 2,3 perkara yang Bersih 3.0 nak usahakan ni. bahagian free education tu aku setuju sebab benda ni bagus. kalau dia nak buat free air longkang for everyone tu, jatuh hukum bangang la kalau kita setuju nak. lagi satu yang aku setuju tentang mahukan pilihan raya yang bersih dan adil. yang ni aku setuju bukan sebab aku ni anti-kerajaan atau pro-Bersih, pro-pembangkang ke apa. aku setuju sebab aku nak tengok tahap mana kehebatan Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat dalam scene pilihan raya Malaysia kalau fight secara fair and square tanpa ada referee berat sebelah. 

aku anggap scene pilihan raya ni macam main gusti WWF (World Wrestling Federation). dalam WWF, aku tengok referee tak bias. dalam hal pilihan raya ni, SPR adalah referee. jadi, aku harap SPR tak bias. biarkan kedua-dua geng BN dan PR bergusti. UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain lagi parti di bawah nama BN adalah satu geng manakala PKR, PAS, DAP dan lain-lain lagi parti di bawah nama PR adalah satu geng. pandai-pandailah buat taktik, panggil geng lain ke apa asalkan jangan kantoi dengan referee. yang penting, referee jangan bias!

buat masa sekarang ni, aku ada 2,3 persoalan. kesudahan acara Bersih 3.0 itu hari tu nak dikira macam mana? berjaya ke tak? pasal tuntutan-tuntutan tu, kerajaan nak KIV ke nak site meeting dengan Ambiga and the gang dulu? 


p/s:kalau anak aku tanya soalan-soalan pasal benda ni, aku yakin aku akan suruh dia pergi tanya mak dia. kah kah kah!

No comments:

Post a Comment