Thursday, 24 May 2012

Kejutan Budaya Bola Sepak

Aku ada beberapa orang member satu kampung dengan aku yang aku syak mereka ni terkena kejutan budaya bola sepak. Member-member aku ni sebelum ni tak layan pun scene bola sepak. Kalau layan pun macam tak layan. Deme-deme ni aku rasa kalau aku cakap pasal Borussia Dortmund juara Bundesliga 2012 aci kerat kote sorang tak tahu. Kalau cakap pasal scene badminton, deme-deme ni lebih tahu.

Namun begitu, aku tengok member-member aku sejak kebelakangan ni dah jadi lain macam. Mula minat dengan bola. Siap pergi Stadium Nasional Bukit Jalil tengok Kelantan lawan Sime Darby Final Piala FA 2012. Lepas tu pulak semalam pergi Stadium Sultan Muhammad IV tengok Kelantan lawan Terengganu 2nd round AFC Cup. Bersemangat betul deme-deme ni. Sebelum-sebelum ni aku ajak pergi tengok bola Liga Super sorang pun tak nak pergi. 

Tapi ada satu benda yang buat aku pandang slack kat deme-deme ni. Cara mereka sembang pasal scene bola sepak Malaysia punyalah power dan kencang macam dah lama berkecimpung. Pada hakikatnya baru je kenal bola sepak dalam tahun 2012.  Itu pun kenal Ghaddar, Nwoha, Piya, Mat Yo, Chanturu. Lain-lain pemain Kelantan aku rasa ada juga yang deme-deme ni tak kenal. Itu baru bola sepak Malaysia. Kalau BPL? Aku berani bet semua chip aku dalam Zynga Poker yang deme-deme ni tak kenal pun siapa Luis Suarez!

Setelah diselidik dan dikaji, aku rasa faktor utama member-member aku ni tiba-tiba bertukar angin nak join scene bola sepak adalah kerana terikut-ikut dengan orang ramai. Pergi Bukit Jalil itu hari pun sebab nak enjoy tengok gelagat orang ramai. Aku yakin dan percaya ini adalah sebabnya.

Tuesday, 22 May 2012

Nazmi Faiz, SPM dan SC Beira Mar

Tadi aku tengok dalam Twitter ada 2,3 tweet dari orang yang aku follow cakap pemain Harimau Muda yang power, Nazmi Faiz dah sign contract 3 tahun dengan SC Beira Mar. Siap ada gambar tunjuk Nazmi Faiz tengah sign contract atas meja. SC Beira Mar ni bukanlah kelab bola sepak power macam Barcelona mahupun Juventus tapi kelab ni main dalam liga divisyen 1 Portugal bersama-sama dengan kelab-kelab power Portugal macam Porto, Benfica dan Sporting Lisbon. Maknanya lepas ni Nazmi Faiz akan bermain bola sepak dalam satu padang dengan Pablo Aimar, Hulk dan lain-lain yang aku tak ingat. Walaupun Nazmi Faiz ni belum ambil SPM, bagi aku main bola sepak secara profesional di kelab Eropah pada usia 18 tahun ni dah kira macam buat PhD. 

Kejadian bersejarah dalam hidup Nazmi Faiz dan arena bola sepak Malaysia ni telah membuatkan aku rasa sangat menyesal tak main bola sepak secara bersungguh-sungguh time zaman sekolah dulu-dulu. Kalau aku main betul-betul dulu, barangkali sekarang ni aku tengah training bersama-sama dengan Ryan Giggs kat Old Trafford. Tak pun dengan Zlatan Ibrahimovic kat San Siro. Kah kah kah!


p/s: rembat bola pun tak pergi laju, ada hati nak main bola dengan Giggs dan Ibrahimovic.


Wednesday, 9 May 2012

Kalau Saya Jadi PM: Bahagian 1

Kalau saya jadi PM, saya akan rombak semula struktur organisasi FAM dengan melantik bekas-bekas pemain bola sepak kebangsaan dan jurulatih-jurulatih bola sepak yang bertauliah sebagai ahli-ahli dalam FAM. Tujuan rombakan semula ini dibuat adalah untuk mengelakkan dari FAM menjadi bangang seperti yang berlaku sekarang ini. Sultan tak sultan, kalau tak reti pasal bola jangan buat lapar nak masuk FAM. Hmmph!

Kalau saya jadi PM, saya akan tar balik semula semua jalan raya-jalan raya yang teruk dan celaka supaya rakyat-rakyat sekalian yang join scene kereta-kereta power-pakai adjustable suspension boleh memandu dalam keadaan selesa tanpa merasa sakit belakang.

Ini semua kalau saya jadi PM la.

Tuesday, 8 May 2012

Punk Yang Bertatabahasa

Mulai saat dan ketika ini, saya akan buat post dalam blog ini dengan mengikut segala undang-undang tatabahasa, grammar, vocabulary dan sebagainya yang mempunyai kaitan dalam pembikinan ayat atau penulisan tidak kira dalam bahasa Melayu mahupun in English. Yang mana perlu saya besarkan huruf, saya akan besarkan. Yang mana perlu saya letak tanda koma atau tanda soal, saya akan letakkan. 

Tujuan utama saya membuat perubahan ini adalah kerana saya rasa bersalah jika tidak dapat mengikut undang-undang tatabahasa yang sebenarnya tidaklah susah untuk diamalkan. Lagi pun undang-undang tatabahasa ni tak pernah buat saya rasa menyampah, benci mahupun sakit hati dengan mereka. Tak macam undang-undang lain yang mana ada sesetengah tu macam bangang. 

Waima apa sekalipun, bahasa rojak Manglish (Melayu campur English) akan tetap saya gunakan macam biasa. Walaupun pada hakikatnya bahasa rojak ni dikira perosak bahasa, saya tak nak kira macam tu sebab bahasa rojak ni sedap digunakan time nak marah atau kutuk-kutuk orang. Kah kah kah!

Jadi, akhir kata dari saya, nobody is perfect. Everybody has defect. 

p/s: skema betul post ini.

Monday, 7 May 2012

Dari Lundang Ke Stretford End

BPL musim 2011/2012 ni lain macam sikit dia punya saingan. ada contender baru yang join dalam perebutan takhta juara liga selain dari Big 4 yang sedia ada. musim ni Manchester City adalah contender baru untuk jadi juara BPL. sehingga pada ketika ini, Manchester City masih lagi at the top spot of the league, diikuti Manchester United dan Arsenal. dua-dua team sama points iaitu 86 tapi beza pada jaringan gol dengan kelebihan Manchester City 10 gol. sehingga pada waktu ini juga Arsenal memang tak dapat nak fight dah untuk 2nd spot sebab point differences dengan Manchester United agak jauh. however, 3rd spot is still open between Arsenal, Tottenham Hotspurs dan Newcastle United. maka, berebutlah antara 3 pasukan ni.

naluri hati saya kuat mengatakan musim ni Manchester City bakal jadi juara BPL. dah berapa musim dah sebelum ini tak pernah-pernah Manchester City join sekali dalam berebut nak jadi juara liga tapi musim ni mereka join sekali. dari awal musim lagi saya perati mereka ni bersungguh lain macam. sebelum start season ni bukan main lagi spend juta-juta pound sterling beli player power-power. Manchester United macam biasa. tak gelojoh sangat spend duit. ada duit ke tidak nak beli player mahal-mahal entah Manchester United ni. Manchester City ni memang betul noisy neighbors for Manchester United. orang nak menang liga, dia pun nak juga. mentang-mentang la owner baru jutawan dari Arab memang seronoklah mereka spend duit.

dalam scene bola sepak, baki 1 game lagi ni macam-macam benda mustahil boleh jadi. mengikut kata orang putih, anything can happen in football. sebagai salah seorang pendukung setia Manchester United semenjak sekolah rendah darjah 3 lagi, hipotesis saya pada awal musim ini adalah Manchester United akan jadi juara liga buat kali yang ke-20 sekaligus mencipta rekod baru dalam sejarah bola sepak di England. namun begitu, "Manchester City juara BPL musim 2011/2012" ni akan saya anggap sebagai kesimpulan awal. "Manchester United mempertahankan kejuaraan liga BPL musim 2011/2012 setelah Manchester City tewas mengejut 0-1 kepada QPR di Etihad Stadium" pula saya anggap sebagai kesimpulan impian atau kesimpulan penyedap hati yang tengah sakit hati dengan Manchester City. kah kah kah! 

walau apa sekalipun yang akan terjadi, GGMU!


p/s: perhaps now we can say that money CAN buy title league. innit, Mancini?

Tuesday, 1 May 2012

Anarchy In The KL

Bersih 3.0 telah pun selesai diadakan oleh Ambiga and the gang pada 28hb April 2012. pendukung-pendukung (dalam bahasa indonesia) atau penyokong-penyokong untuk acara Bersih 3.0 ini makin ramai kalau nak compare dengan Bersih 2.0 itu hari. aku tak dengar orang cakap mahupun tengok berita TV3 pun aku dah boleh agak dalam video-video di Youtube yang supporter Bersih 3.0 ni lagi ramai. crowd makin happening jadinya. acara kali ni aku tengok lagi power compared to the previous one which is Bersih 2.0. why? sebab ada kereta polis hilang kawalan dan terbabas sampai langgar orang. dah macam action movie Hollywood. kah kah kah!

aku sebenarnya setuju juga dengan 2,3 perkara yang Bersih 3.0 nak usahakan ni. bahagian free education tu aku setuju sebab benda ni bagus. kalau dia nak buat free air longkang for everyone tu, jatuh hukum bangang la kalau kita setuju nak. lagi satu yang aku setuju tentang mahukan pilihan raya yang bersih dan adil. yang ni aku setuju bukan sebab aku ni anti-kerajaan atau pro-Bersih, pro-pembangkang ke apa. aku setuju sebab aku nak tengok tahap mana kehebatan Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat dalam scene pilihan raya Malaysia kalau fight secara fair and square tanpa ada referee berat sebelah. 

aku anggap scene pilihan raya ni macam main gusti WWF (World Wrestling Federation). dalam WWF, aku tengok referee tak bias. dalam hal pilihan raya ni, SPR adalah referee. jadi, aku harap SPR tak bias. biarkan kedua-dua geng BN dan PR bergusti. UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain lagi parti di bawah nama BN adalah satu geng manakala PKR, PAS, DAP dan lain-lain lagi parti di bawah nama PR adalah satu geng. pandai-pandailah buat taktik, panggil geng lain ke apa asalkan jangan kantoi dengan referee. yang penting, referee jangan bias!

buat masa sekarang ni, aku ada 2,3 persoalan. kesudahan acara Bersih 3.0 itu hari tu nak dikira macam mana? berjaya ke tak? pasal tuntutan-tuntutan tu, kerajaan nak KIV ke nak site meeting dengan Ambiga and the gang dulu? 


p/s:kalau anak aku tanya soalan-soalan pasal benda ni, aku yakin aku akan suruh dia pergi tanya mak dia. kah kah kah!