bersembang dengan orang yang suka cakap besar ni susah sikit. kalau tak dikawal dengan baik, makin besar dia punya sembang. otak boleh jadi jahanam tahu tak? kalau dia tu Jose Mourinho, tidak menjadi masalah sebab walaupun dia punya ego lagak seperti dia tu alpha male dalam hutan, dia memang power. dia kerja dengan Real Madrid CF, bukan Derby County FC.
yang menjadi masalah sekarang ni yang bercakap besar ni bukan Jose Mourinho. tambahan pula, dia ni seorang pegawai IT yang pakai Samsung apa benda entah. macam mana Abang Mat nak kawal kebesaran percakapan orang macam ni? dia tahu pasal DSLR, Apple, iOS, tethered, Android, sejarah bola sepak, hukum hudud PAS, Anwar biseksual, Utusan Malaysia. senang cerita semua benda dia tahu. Abang Mat pulak tahu pasal Ramona Zamzam, Manchester United, baju bundle, kedai-kedai pelayan, klip 3gp, Neelofa.
apabila dia start bersembang pasal benda-benda yang dia tahu, Abang Mat tak tahu pun pasal benda tu. kalau eja tu tahu la. jadinya, macam mana Abang Mat nak pastikan benda-benda yang dia cakap tu semuanya betul sedangkan Abang Mat tak tahu? kebarangkalian dia tipu Abang Mat pasal benda-benda tu tinggi. tengah sedap dia ni sembang pasal benda-benda power, otak Abang Mat ni bukan main ligat lagi sedut segala maklumat-maklumat penting dan juga tidak penting. selalunya otak Abang Mat ni bekerja guna 3 silinder je hari-hari sebab jarang berfikir benda-benda power. setakat berfikir pasal kedai pelayan tak power sangat. tapi kena pada hari dia ni sembang, otak Abang Mat bekerja keras guna 4 silinder non-stop selama 2 jam untuk sedut maklumat-maklumat. kalah arnab Duracell.
"aku ni keno bodo ko meme aku ni bodo?", keluh Abang Mat dalam hati.
memori-memori lama Abang Mat seperti cara-cara nak spin tayar kereta, cara-cara nak koyak buah rambutan terpaksa di-overwrite-kan sebab kapasiti otak tak cukup. pakai hard disk 512MB, ram 128 MB mana nak cukup. namun begitu, setelah semua maklumat-maklumat yang disedut selama 2 jam itu dianalisa dalam otak, 1 kesimpulan sahaja yang Abang Mat dapat rumuskan dengan keupayaan otak Abang Mat yang tidak power.
"nate ni bual besar tahi pado jubor", jelas Abang Mat dalam hati sambil jentik puntung rokok jauh-jauh dan mulut tersenyum menghanjing tanda kejayaan melayan Ombak 'sembang kencang lagi lebat' Rindu.
No comments:
Post a Comment