dalam banyak-banyak pasukan bola sepak yang wujud di dunia, salah satu yang Abang Mat benci adalah Liverpool FC. dari kecik time Abang Mat sekolah rendah darjah 3 lagi Abang Mat dah mula memendam perasaan benci terhadap Liverpool FC. punca utama perasaan itu timbul disebabkan oleh uncle Abang Mat yang merupakan seorang peminat tegar Liverpool FC. tegar tak tegar uncle Abang Mat ni dengan Liverpool sampaikan dia 'brainwashed' anak-anak dia, lelaki dan perempuan, untuk turut join dia sokong Liverpool. anak-anak dia dulu time kecik-kecik pakai baju tidur Liverpool satu set tahu tak.
ada patut dia cakap kat Abang Mat jangan sokong Manchester United sebab tu pasukan syaitan. sebab tu orang panggil "Red Devils". mentang-mentang la time tu Abang Mat kecik lagi suka-suka dia je nak perbodohkan aku dengan ayat tu. sebagai seorang peminat Manchester United yang true, mental Abang Mat tidak terjejas dengan provokasi sebegitu. takkan Abang Mat nak lupakan macam tu je Ryan Giggs, Eric Cantona, Paul Scholes, Nicky Butt, David Beckham, Gary dan Phil Neville, Dennis Irwin, Roy Keane, Andy Cole, Dwight Yorke, Ole Gunnar Solksjaer, Karel Poborsky, Mark Hughes dan lain-lain lagi yang main time Abang Mat sekolah rendah.
waima apa sekalipun, Abang Mat HANYA akan sokong Liverpool kalau mereka lawan FC Barcelona sahaja dengan harapan mereka boleh kalahkan FC Barcelona. sepatutnya tugas kalahkan FC Barcelona ni kerja pasukan Real Madrid CF tapi mereka pun belum boleh buat lagi. mungkin Liverpool boleh. mungkin...
No comments:
Post a Comment