Monday, 5 March 2012

Manusia dan Jenis-jenis Kentut

lain orang, lain skil kentut masing-masing. bau pun sudah tentu lain sebab food intake setiap orang ni tak sama. ada yang bau ketumpatan berat dari angin, ada juga yang tiada bau. setiap manusia ada kelebihan masing-masing.

orang yang jenis kentut pendam, bunyi dia halus. keluar slow-slow sahaja. sehalus bunyi orang hembus asap rokok. kalau orang tu skil tinggi, bunyi dia lagi slow dari itu. kena pula dengan bau padat, lalu tempat orang ramai, memang orang tak tahu siapa. orang jenis ini dia misteri. pendiam, pemalu, tapi makan dalam.

orang yang jenis kentut berseret, bunyi dia tak tentu tapi kena panjang. tengok perwatakan orang. kalau orang jenis galak atau gedik, bunyi kuat. kalau orang jenis rilek atau slow, bunyi slow. tapi yang penting, berseret. orang macam ni dia nakal. dia guna skil kentut berseret ni untuk kenakan member-member.

ada juga orang yang jenis kentut ass-to-face. skil ni bahaya. orang berskil macam ni dia konfiden tinggi, hati kering. dia selamba pergi tonggeng kat muka member yang tengah baring dan 'prap'. dia bagi 1 das. memang member tu akan menikmati kentut tu sorang-sorang dia. tak boleh nak kongsi dengan orang lain. semua dia sedut. orang yang amal skil ni dia pendendam.

satu lagi jenis kentut genggam. yang ni skil berani mati kerana benar ataupun dalam English orang panggil 'suicide bomber'. orang jenis ni dia akan genggam kentut dia dan 'rungkup' dekat hidung mangsa. selalunya skil ini perlukan gerakan menyelinap dari belakang. baru berjaya dilaksanakan dengan cemerlang. skil ini sama bahaya dengan skil kentut ass-to-face.

ada satu lagi jenis kentut yang selalu orang buat adalah kentut loud & clear. kentut jenis ni dikira macam King Of Kentut sebab ianya melambangkan apa itu kentut yang sebenarnya. kentut loud & clear ni bunyi dia kena kuat. tak kisah bunyi 'prak' ke, 'boom' ke, 'tebabow' ke, janji kuat. kuat macam bunyi ekzos 3 inci kereta enjin turbo. orang yang amal kentut jenis ni adalah seorang yang mahukan perhatian atau attention seeker. dia nak orang tahu dan perasan akan kehadiran dia. kentut jenis ni kalau kena pula dengan bau yang keluar tu macam celaka, memang orang yang buat ni boleh dikira sebagai true.

p/s: kalau boleh amal semua skil di atas, anda memang seorang yang professional. anda layak digelar sebagai King Of Kentut.

No comments:

Post a Comment