2 game semi final telah pun berakhir pagi. Semi final 1 di antara Spain lawan Portugal berkesudahan dengan Spain menang penentuan sepakan penalti 4-2 selepas seri 0-0 sehingga masa tambahan. Memang ramai yang dah bajet Spain boleh masuk final. Dalam game semi final 1 ni, Abang Mat sudah semestinya sokong Portugal sebab Abang Mat takkan sokong Spain sampai kiamat. Spain lawan Sri Lanka sekalipun Abang Mat sokong Sri Lanka walaupun dah tahu confirm Spain belasah cukup-cukup punya. Begitulah mendalamnya perasaan benci Abang Mat terhadap pasukan Spain dan permainan tiki-taka yang celaka. Dalam game semi final 1, Spain nampak gugup sedikit pada 1st half. Banyak passing tiki-taka tak jadi. Goalie Portugal boleh tahan jugak power dia. Dah la player termuda main dalam EURO 2012 ni. Siap save penalti Xabi Alonso tu. Tapi sayang, Spain menang jugak.
Game semi final 2 pula menemukan Germany lawan salah satu pasukan favorite Abang Mat, Italy. Abang Mat tengok game ni tadi dengan perasaan cuak dan berdebar-debar sebab 5 minit pertama 1st half tu Germany tengah syok attack. Nasib baik King Of Goalie, Gigi Buffon ada. Banyak save shoot-shoot power dari Germany. Harapan umat manusia yang bencikan tiki-taka macam Abang Mat terletak pada bahu Germany dan Italy. 2 pasukan ini sahaja yang mampu memporak-perandakan tiki-taka kebanggaan Spain itu. Dalam game ni, Italy berjaya tewaskan Germany 2-1 hasil jaringan double trouble oleh brader hitam yang nakal dan bermasalah, Mario Balotelli. Satu gol skor dengan kepala, satu gol lagi skor dengan kaki kanan. Dua-dua gol bola laju dan power. Walaupun defenders Germany muda-muda, mereka tak mampu nak sekat kelincahan striker tua berperangai kasanova iaitu Antonio Cassano yang berjaya mencilokkan dirinya dari 2 defenders sebelum melakukan cross malas separa sedar kepada Balotelli. Moment ketika gol pertama Italy memang cukup awesome. Gol kedua Italy lagi awesome moment nya. Gol saguhati Germany pada minit-minit akhir tambahan di-skor oleh Mesut Ozil. My highest respect goes to all the Italian players especially King Of Midfield, Andrea Pirlo, De Rossi, Gigi Buffon, Marchisio, Balzaretti and Chiellini. Truly top notch performance from the players of Serie A.
Game final EURO 2012 Spain lawan Italy nanti Abang Mat dapat rasakan kesedapan perlawanan itu. Tapi kesedapan itu bukan dari Spain tetapi dari Italy. Italians will definitely try to do another 'Italian Job' on those Spaniards. Viva La Espana my ass. Forza Azzurri!

No comments:
Post a Comment