Tuesday, 26 June 2012

Kisah EURO 2012 (Poland-Ukraine): Bahagian 2

Kejohanan EURO 2012 dah nak sampai ke penghujungnya. Grouping dah habis, quarter final pula baru habis pagi semalam. Portugal, Germany, Spain dan Italy adalah pasukan yang berjaya layak ke semi final. Seperti yang Abang Mat jangka, Germany dan Spain dengan rilek masuk semi final. Portugal yang pada awal dalam pemerhatian Abang Mat ternyata telah berjaya membuka mata Abang Mat. Abang Mat gembira sebab salah satu pasukan pilihan Abang Mat berjaya masuk semi final iaitu Italy. Walaupun lagi 2 pasukan pilihan (Croatia dan England) tak lepas grouping dan quarter final, Abang Mat tak frust sebab The Azzurri ada. Banyak-banyak pasukan yang join kejohanan ni, pasukan Netherlands yang merupakan favorite untuk jadi champion dan mendapat high expectation dari peminat-peminat bola sepak ternyata mengecewakan setelah tak lepas grouping. Tengok ke player-player tu semua star dan power-power belaka tapi grouping pun tak lepas. Dah la tak lepas, 3,3 game kalah. Bangang betul. Apa masalah pasukan tu hanya mereka sahaja yang tahu. 

Spain tak payah cerita. Permainan tiki-taka berjaya membawa mereka masuk semi final. Tapi seriously Abang Mat cakap, bapak boring game Spain. Game quarter final Spain-France adalah game paling boring dalam kejohanan ni. Abang Mat sampai tertidur depan televisyen layan game ni. Tak pernah dalam hayat Abang Mat tidur time tengok game bola sepak. Game quarter final England-Italy paling menduga kekuatan mental dari tidur sebab game ni heret sampai ke penentuan sepakan penalti. Abang Mat rasa pasukan England ni kena mandi bunga dan buat sembahyang hajat dah kalau setiap kali lawan penalti, confirm kalah. Dari dulu lagi England tak boleh lari dengan badi sial penalti. Tapi time penalty shootouts tu, penalti Andrea Pirlo memang top of the class. Pirlo sepak penalti 'Panenka' style sebijik macam Totti pernah buat dulu. Penalti 'Panenka' style ni tak ramai player boleh buat. Player yang rare talent dan full of confidence je boleh buat macam Pirlo dan Totti.

Semi final nanti Portugal akan lawan Spain manakala Germany lawan Italy. Game Portugal-Spain tu ibarat Cristiano Ronaldo lawan Spain. Abang Mat malas nak ulas banyak cuma Abang Mat harap Portugal menang. Abang Mat tak kisah pasukan lain yang menang EURO 2012 asalkan bukan Spain. Game favorite Abang Mat adalah Germany-Italy. Game ni kita akan saksikan pertarungan penuh power di midfield antara Ozil-Khedira-Schweinsteiger-Mueller lawan Pirlo-Marchisio-Montolivo-De Rossi. Game ni memang dah terang lagi nyata Abang Mat akan sokong The Azzurri. Harap-harap Balotelli tak buat perangai nakal dia dan Antonio 'Cassanova' Cassano mahupun Di Natale skor gol power sampai air muka Neuer berubah dari maintain cool kepada terkejut beruk. Forza Azzurri!


No comments:

Post a Comment