Tuesday, 24 April 2012

She's My Winona

malam semalam lepas setel semua kerja pejabat mahupun operasi kilang, aku buka Youtube dengan hajat nak layan lagu-lagu sedap. entah macam mana aku boleh tertengok ada satu link ke video Youtube bertajuk "Alamak 7 hari lagi". aku tak cakap banyak, dengan gelojohnya terus aku klik link tu. lepas tu baru aku teringat rupa-rupanya cerita ni la yang member aku pernah tweet time main kat TV3 itu hari. kenapa aku dengan gelojohnya klik link video tu ? sebab Sara Ali. 

aku tahu pasal Sara Ali ni time aku layan filem Songlap kat pejabat aku. ada anak buah aku baru download filem ni. aku suruh dia pasang sebab nak tengok Shaheizy Sam berlakon sebenarnya. cerita tu aku layan penuh minat lepas Sara Ali muncul. start dari dia enter frame, sampai ke habis aku perhatikan dia. disebabkan Sara Ali dalam filem Songlap tu la aku jadi nak tengok cerita "Alamak 7 hari lagi" dalam Youtube. cara dia cakap memang unik, lain dari artis yang lain. cara dia berlakon pun unik. honestly speaking, she has a natural talent to become a great actress. even more than that i supposed. however, this is just only from my point of view. if other people think otherwise about her, well, i don't give a damn. kah kah kah

waima apa sekalipun, aku memang tertarik yang amat dengan keunikan Sara Ali. she has that -indie-mysterious look, a cute-half devil half angel smile, big round eyes, and an honest laugh. aku suka gila masa dia cakap 'choi' dalam cerita "Alamak 7 hari lagi". mengikut pengamatan aku la, Sara Ali ni dia jenis yang agak rebel, indie dan innocent. seriously, aku rasa macam nak berkenalan dan berkawan dengan Sara Ali. berkawan di alam maya pun dah kira ok dah kalau tak boleh nak berkawan di realiti pun. tujuan aku nak kenal dan berkawan dengan dia sebab aku suka perempuan macam dia. time aku belajar kat universitas dulu pun aku pernah kawan dengan seorang perempuan macam dia. ada niat nak tackle tapi tak reti. bangang betul.

persoalannya sekarang, bagaimana aku nak mula kenal dan berkawan dengan Sara Ali? lebih penting lagi, nak ke dia, seorang artis berkawan dengan aku, orang kebanyakkan yang kerja kilang, muka macam cina, dan perut yang agak mara ke hadapan? 

p/s: dah banyak hari dah aku asyik fikir pasal nak berkawan dengan dia tapi tak kawan-kawan juga. faking la!


Tuesday, 17 April 2012

Demonstrasi, Rusuhan dan Riot

sekarang ni macam-macam jenis demonstrasi dan rusuhan wujud di Malaysia. ada demonstrasi pasal nak mansuh PTPTN, pasal AUKU, pasal nak pilihanraya bersih dan adil. tapi itu orang lain punya demonstrasi. sejujurnya saya cakap, kalau saya nak buat demonstrasi, saya akan buat pasal FAM dan bola sepak Malaysia. 
 
bagi saya, demonstrasi pasal FAM dan bola sepak Malaysia secara besar-besaran memang patut dianjurkan. bukan setakat demonstrasi, rusuhan macam rusuhan di Tottenham juga akan saya buat supaya orang-orang FAM sedar yang mereka tu sebenarnya dah bangang.


Sekolah Menengah Pavilion

cuti hujung minggu 2,3 hari lepas aku pergi ke KL sebab ada member aku kahwin kat Keramat. aku sempat pergi jalan-jalan kat shopping complex paling power sekali aku rasa di Malaysia iaitu Pavilion. tak tahu kenapa masa aku pergi Pavilion tu aku rasa macam aku kat New York atau London. 

lebih kurang 3 jam jugak aku pusing-pusing dalam Pavilion. pada masa tu, aku rasa pelik lain macam lepas tengok kebanyakkan orang yang ada kat Pavilion tu budak sekolah menengah. untuk lebih spesifik, budak sekolah menengah berbangsa melayu. budak cina ada jugak tapi tak ramai. budak india berapa kerat je yang aku nampak. lelaki ke perempuan, dua-dua sama ramai.

kalau dah macam ni keadaan kat Pavilion sekarang, elok sangat kalau tukar nama Pavilion kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Pavilion. tak pun tukar kepada Pavilion High School.

KB Regulars: Siapa John Langford?

"Aku kena cari seluar slack baru ni nak pakai pergi kerja. Bos aku dah keluar fatwa haram dah seluar khakis skinny aku yang hitam tu. Faking asshole betul la," keluh Beyban Gomen.

"Kau pun satu hal. Apa bangang kau pakai seluar skinny ketat-ketat pergi kerja. Kau tu kerja dengan gomen. Bukannya kau kerja dengan kumpulan rock kangkang. Dah la ketat, kaki seluar singkat sampai nampak buku lali," tegur Abang Mat.

Sedang asyik Abang Mat dan Beyban Gomen berbual atas anak tangga depan rumah Beyban Gomen, tiba-tiba ada sebuah kereta Mitsubishi Storm warna hijau berhenti betul-betul depan rumah Beyban Gomen. Kelihatan Adik Ja dan Paiz Emo yang turun dari Storm itu dan berjalan menuju Abang Mat dan Beyban Gomen.

"Jamming malam ni apa macam bro? Lawan?" tanya Adik Ja.

"Malam ni kita sambung main metal macam hari tu. Kita bantai buat melodi metal sendiri," katanya Paiz Emo.

Brupp brupp brupp.

Ekzos kereta Perodua Kancil Lan Bibir berbunyi. Beliau baru sahaja tiba di hadapan rumah Beyban Gomen dan terus berjalan menuju ke anak tangga sambil tersenyum lebar menampakkan gigi. Abang Mat yang sedang syok menghirup asap rokok terus menggeleng-geleng kepala melihatkan perlakuan Lan Bibir.

"Weh Lan, aku tengok hari tu kau pakai seluar slack warna hitam macam smart je. Seluar slack apa kau pakai? Aku ingat nak sambar jugak sehelai dua," katanya Beyban Gomen.

"Aku pakai seluar slack designer," jawab Lan Bibir dengan muka malu-malu nak senyum.

"Designer? Siapa? tanya Abang Mat.

"John Langford," jawab Lan Bibir dengan muka tersenyum bangga.


Wednesday, 11 April 2012

KB Regulars: Bulu Tangkis Haram

Matahari dah naik tinggi. Cuaca pada ketika itu sungguh panas. Panas ceng-ceng. Suasana dalam rumah sunyi sepi tanpa sebarang bunyi-bunyian buatan dunia. Apa yang kedengaran hanyalah bunyi orang tengah mesin rumput dalam kawasan rumah jiran sebelah.
"Faking la.Dah pukul 2.00 petang rupanya. Nasi berlauk pagi tadi punya hal la ni," keluh Abang Mat.

Tiba-tiba telefon bimbit Blackberry Bold Abang Mat berbunyi nada dering lagu Glory, Glory Manchester United menandakan ada panggilan masuk. Abang Mat tersentak dalam keadaan masih lagi mamai lalu memerhatikan di skrin telefon bimbit untuk mengetahui makhluk mana yang menelefon beliau. Kelihatan di skrin nama Beyban Gomen muncul. Abang Mat terus menjawab panggilan tersebut.

"Hah, apa hal?" tanya Abang Mat dengan nada sedikit bengis.

"Woi pangan. Kau dah bangun belum? Bangun-bangun la gila. Jangan peraja sangat ke tidur tu," jawab Beyban Gomen.

"Aku dah bangun dah. Tadi lagi aku dah bangun. Apa hal nya? Nak ajak repeat snuker ke apa?" sahut Abang Mat balik sambil membuat auta terhadap Beyban Gomen.

"Faking. Sempat lagi nak kencing aku. Aku dengar suara kau pun dah tahu dah kau baru bangun. Petang ni pukul 5.30 petang minum kat Hayaki Billion. Lan Bibir join sekali. Ada benda nak bincang,"

"Ok, beres. Nanti aku sampai,". 

Suasana dalam kedai Hayaki bergema dengan lagu-lagu rock kapak yang dipasang di stereo. Abang Mat baru saja parking kereta beliau betul-betul di hadapan kedai. Beliau dah nampak kelibat Beyban Gomen dan Lan Bibir sedang duduk di meja paling tepi di bahagian luar kedai yang terbuka tanpa bumbung.

"Amboi, awal pula deme ni sampai. Selalunya lambat," keluh Abang Mat.

Abang Mat keluar dari kereta kesayangan beliau lalu berjalan ke arah meja mereka berdua. Lan Bibir tersenyum melihat Abang Mat dan menyuruh Abang Mat untuk order air. Beyban Gomen menarik keluar bekas ubat Strepsils yang berisi rokok Dunhill 4 batang dari poket baju kemeja beliau setelah air yang di-ordernya sampai.  

"Malam ni apa cerita? Stok kena lebih sikit malam ni. Baru sedap nak main. Yang 2 minggu lepas punya dah barai dah," katanya Lan Bibir kepada Beyban Gomen.

Ceh, ceh. Ceehh.

Abang Mat dan Beyban Gomen baru saja menghidupkan rokok mereka. Setiap sedutan yang mereka buat ditarik dengan sebaik mungkin untuk menikmati kesedapan rokok mereka.

"Rilek dulu. Stok baru ada. Aku baru ambil dari stor tadi. Malam ni mesti sedap punya kita main," jawab Beyban Gomen.

"Bagus. Aku dah benci tengok shuttlecock yang 2 minggu lepas. Macam celaka. Bulu banyak yang dah togel. Aku smash pun pergi macam pondan jadinya," sambung Abang Mat.


Monday, 9 April 2012

Lagu Hari Ini: Search - Derap Komando

hari ini saya masuk kerja pakai safety boot dengan penuh semangat. lain macam punya semangat. semangat yang saya dapat rasakan adalah semangat komando disebabkan oleh lagu ini. langkah jalan pun dah jadi langkah jalan lagak seorang komando. maka, saya dengan ini ingin tujukan lagu di bawah kepada semua brader-brader yang kerja pakai safety boot. marilah kita hentakkan safety boot kita dengan mengikut irama lagu power ini. yeah!


Friday, 6 April 2012

Musim Orang Naik Minyak

saya ada 2 perkara yang saya nak jelaskan di sini. perkara pertama adalah berkenaan dengan harga minyak. kerajaan Malaysia naikkan lagi harga minyak RON97 pada kadar 10 sen per liter menjadikan harga semasa RON97 RM2.90. benda-benda macam ni akan menaikkan 'spirit of rage' sekalian rakyat jelata sebab ianya melibatkan wang. pada hemat saya, rakyat jelata yang tak puas hati pasal benda ni kebanyakkannya pengguna kereta-kereta mahal dan power. kalau setakat pakai kereta Perodua Kancil 660 standard memang tak padan nak pakai RON97 sebenarnya. ada member saya ni dia pakai kereta Proton Satria 1.3 manual tapi telah di-modified menjadi Proton Satria 2.2 turbo. dia sangkut enjin Mitsubishi Evo 3. dia adalah salah seorang pengguna minyak RON97.

"kereta aku ni kena pakai minyak RON97 V-Power. tak boleh pakai RON95 sebab nanti power enjin jadi turun. terasa power tu turun. asal enjin power macam kuda jantan, tiba-tiba jadi kuda pondan sebab RON95," katanya member saya itu.

maka dengan itu, saya menyeru sekalian rakyat jelata lain yang menggunakan RON95 supaya bawa bertenang. kita kena rilek. biarkan mereka yang pakai kereta-kereta mahal dan power menunjukkan 'spirit of rage' mereka. mereka yang kena. 

perkara kedua pula adalah mengenai 2 kejadian tembak-menembak ala 'koboi' yang telah berlaku di Kelantan iaitu di Kota Bharu dan Rantau Panjang baru-baru ini. pada hemat saya, kejadian 'koboi' ni boleh dikatakan sebagai power dan menakjubkan walaupun benda ni adalah kes jenayah. kejadian seperti ini banyak berlaku di negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Brazil, Argentina dan Mexico. mengikut telahan saya, kejadian 'koboi' ini mesti ada kaitan dengan dadah. setakat pil kuda dan pistol tu senang sangat nak dapatkan di Kelantan sebab berjiran dengan Thailand. nak-nak lagi berjiran dengan kawasan Golok. 

ini menunjukkan bahawa scene jenayah-jenayah berat di Malaysia sudah mencapai taraf antarabangsa. benda-benda macam ni kita patut bangga sebenarnya. dengan adanya kejadian-kejadian seperti ini, kerja-kerja Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan lebih mencabar dan 'thrill'. senang cerita, pecah kepala jugak la PDRM nak selesaikan kes. baru nampak 'matching' dengan cerita Gerak Khas. 

maka dengan itu, saya menyeru sekalian rakyat jelata yang baik-baik supaya berbanggalah dengan apa yang kita ada dan dalam masa yang sama,jangan terikut sangat scene jenayah-jenayah berat dan power. kalau nak buat jugak, buatlah dengan cara yang hebat. sebagai contoh, kalau nak jadi 'druglord' yang power macam di Colombia, buatlah secara besar-besaran. kalau kantoi, kantoilah secara besar-besaran jugak. biar satu Malaysia tahu kehebatan anda. barulah dikira 'true bad-ass'.

waima apa sekalipun, janganlah disalahertikan maksud saya di atas. bukan saya nak galakkan berlakunya kejadian jenayah yang power-power. tidak sama sekali. apa yang saya harapkan adalah supaya lebih banyak scene-scene jenayah yang happening macam di luar negara supaya ianya dapat mengalih perhatian sekalian rakyat jelata dari terpengaruh dengan scene politik di negara kita sekarang ini yang macam bangang dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan tahap produktiviti, kecekapan dan kredibiliti PDRM. cuba bayangkan adegan tembak-menembak di antara geng penyeludup dadah import-eksport antarabangsa dari Malaysia dan PDRM kat Pelabuhan Klang. dah macam dalam filem Hollywood. tak ke sedap tu?

kalau tengok 2 perkara di atas, memang betullah sekarang ni musim orang naik minyak. berkenaan dengan scene geng mahasiswa menuntut hak berpolitik dan kebebasan berakademik tu, saya tak nak ulas apa-apa sebab itu bukan naik minyak. itu dah macam naik benak.

p/s: dengar cerita PRU dah tak lama lagi dah. apa rasionalnya kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Parti Barisan Nasional  naikkan harga minyak time-time macam ni? taktikal jenis apa mereka guna nak tarik perhatian sekalian rakyat jelata? argh, kena berasap dulu ni!