saya ada 2 perkara yang saya nak jelaskan di sini. perkara pertama adalah berkenaan dengan harga minyak. kerajaan Malaysia naikkan lagi harga minyak RON97 pada kadar 10 sen per liter menjadikan harga semasa RON97 RM2.90. benda-benda macam ni akan menaikkan 'spirit of rage' sekalian rakyat jelata sebab ianya melibatkan wang. pada hemat saya, rakyat jelata yang tak puas hati pasal benda ni kebanyakkannya pengguna kereta-kereta mahal dan power. kalau setakat pakai kereta Perodua Kancil 660 standard memang tak padan nak pakai RON97 sebenarnya. ada member saya ni dia pakai kereta Proton Satria 1.3 manual tapi telah di-modified menjadi Proton Satria 2.2 turbo. dia sangkut enjin Mitsubishi Evo 3. dia adalah salah seorang pengguna minyak RON97.
"kereta aku ni kena pakai minyak RON97 V-Power. tak boleh pakai RON95 sebab nanti power enjin jadi turun. terasa power tu turun. asal enjin power macam kuda jantan, tiba-tiba jadi kuda pondan sebab RON95," katanya member saya itu.
maka dengan itu, saya menyeru sekalian rakyat jelata lain yang menggunakan RON95 supaya bawa bertenang. kita kena rilek. biarkan mereka yang pakai kereta-kereta mahal dan power menunjukkan 'spirit of rage' mereka. mereka yang kena.
perkara kedua pula adalah mengenai 2 kejadian tembak-menembak ala 'koboi' yang telah berlaku di Kelantan iaitu di Kota Bharu dan Rantau Panjang baru-baru ini. pada hemat saya, kejadian 'koboi' ni boleh dikatakan sebagai power dan menakjubkan walaupun benda ni adalah kes jenayah. kejadian seperti ini banyak berlaku di negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Brazil, Argentina dan Mexico. mengikut telahan saya, kejadian 'koboi' ini mesti ada kaitan dengan dadah. setakat pil kuda dan pistol tu senang sangat nak dapatkan di Kelantan sebab berjiran dengan Thailand. nak-nak lagi berjiran dengan kawasan Golok.
ini menunjukkan bahawa scene jenayah-jenayah berat di Malaysia sudah mencapai taraf antarabangsa. benda-benda macam ni kita patut bangga sebenarnya. dengan adanya kejadian-kejadian seperti ini, kerja-kerja Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan lebih mencabar dan 'thrill'. senang cerita, pecah kepala jugak la PDRM nak selesaikan kes. baru nampak 'matching' dengan cerita Gerak Khas.
maka dengan itu, saya menyeru sekalian rakyat jelata yang baik-baik supaya berbanggalah dengan apa yang kita ada dan dalam masa yang sama,jangan terikut sangat scene jenayah-jenayah berat dan power. kalau nak buat jugak, buatlah dengan cara yang hebat. sebagai contoh, kalau nak jadi 'druglord' yang power macam di Colombia, buatlah secara besar-besaran. kalau kantoi, kantoilah secara besar-besaran jugak. biar satu Malaysia tahu kehebatan anda. barulah dikira 'true bad-ass'.
waima apa sekalipun, janganlah disalahertikan maksud saya di atas. bukan saya nak galakkan berlakunya kejadian jenayah yang power-power. tidak sama sekali. apa yang saya harapkan adalah supaya lebih banyak scene-scene jenayah yang happening macam di luar negara supaya ianya dapat mengalih perhatian sekalian rakyat jelata dari terpengaruh dengan scene politik di negara kita sekarang ini yang macam bangang dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan tahap produktiviti, kecekapan dan kredibiliti PDRM. cuba bayangkan adegan tembak-menembak di antara geng penyeludup dadah import-eksport antarabangsa dari Malaysia dan PDRM kat Pelabuhan Klang. dah macam dalam filem Hollywood. tak ke sedap tu?
kalau tengok 2 perkara di atas, memang betullah sekarang ni musim orang naik minyak. berkenaan dengan scene geng mahasiswa menuntut hak berpolitik dan kebebasan berakademik tu, saya tak nak ulas apa-apa sebab itu bukan naik minyak. itu dah macam naik benak.
p/s: dengar cerita PRU dah tak lama lagi dah. apa rasionalnya kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Parti Barisan Nasional naikkan harga minyak time-time macam ni? taktikal jenis apa mereka guna nak tarik perhatian sekalian rakyat jelata? argh, kena berasap dulu ni!
No comments:
Post a Comment