"Aku kena cari seluar slack baru ni nak pakai pergi kerja. Bos aku dah keluar fatwa haram dah seluar khakis skinny aku yang hitam tu. Faking asshole betul la," keluh Beyban Gomen.
"Kau pun satu hal. Apa bangang kau pakai seluar skinny ketat-ketat pergi kerja. Kau tu kerja dengan gomen. Bukannya kau kerja dengan kumpulan rock kangkang. Dah la ketat, kaki seluar singkat sampai nampak buku lali," tegur Abang Mat.
Sedang asyik Abang Mat dan Beyban Gomen berbual atas anak tangga depan rumah Beyban Gomen, tiba-tiba ada sebuah kereta Mitsubishi Storm warna hijau berhenti betul-betul depan rumah Beyban Gomen. Kelihatan Adik Ja dan Paiz Emo yang turun dari Storm itu dan berjalan menuju Abang Mat dan Beyban Gomen.
"Jamming malam ni apa macam bro? Lawan?" tanya Adik Ja.
"Malam ni kita sambung main metal macam hari tu. Kita bantai buat melodi metal sendiri," katanya Paiz Emo.
Brupp brupp brupp.
Ekzos kereta Perodua Kancil Lan Bibir berbunyi. Beliau baru sahaja tiba di hadapan rumah Beyban Gomen dan terus berjalan menuju ke anak tangga sambil tersenyum lebar menampakkan gigi. Abang Mat yang sedang syok menghirup asap rokok terus menggeleng-geleng kepala melihatkan perlakuan Lan Bibir.
"Weh Lan, aku tengok hari tu kau pakai seluar slack warna hitam macam smart je. Seluar slack apa kau pakai? Aku ingat nak sambar jugak sehelai dua," katanya Beyban Gomen.
"Aku pakai seluar slack designer," jawab Lan Bibir dengan muka malu-malu nak senyum.
"Designer? Siapa? tanya Abang Mat.
"John Langford," jawab Lan Bibir dengan muka tersenyum bangga.
No comments:
Post a Comment