Aku sebenarnya banyak benda dan kerja yang belum settle, yang nak dibuat dan yang tertunggak tapi aku masih lagi boleh meluangkan masa untuk bermain FIFA 2013 dan buat air kopi. Mungkin inilah yang dikatakan sebagai hero yang tak berlorat gaduh. Kah kah kah
Friday, 22 February 2013
True Dan Real Punya Bangkang
Seorang pembangkang ni kerja dia adalah untuk bangkang. Ini dasar utama dia. Seorang penyokong pembangkang ni pula kerja dia adalah untuk sokong bangkang. Dalam hal bangkang-membangkang ni, apa benda yang tak berkenan kenalah bangkang. Cara bangkang yang true dan real adalah bangkang habis-habisan sehingga titisan darah yang terakhir.
Tapi bangkang zaman sekarang tak sama dengan bangkang zaman dahulu. Zaman sekarang punya bangkang banyak guna mulut, buatnya tidak. Cakap nak lawan kerajaan, tapi bila kerajaan bagi bantuan dengan tak malunya terima. Nampak sangat takde spirit yang true dan real. Ini bukan bangkang. Ini bangang.
Label-label :
Bangang,
Malaysia,
Pilihan Raya Umum,
Politik
Thursday, 21 February 2013
Tiada Politik Dalam Rock
Sebagai seorang lelaki Melayu yang berjiwa rock, politik ni aku anggap macam benda yang kotor, celaka dan tak sedap. Macam tahi. Letak kat mana-mana benda pun ianya tidak akan jadi elok mahupun tersusun dan ianya juga pasti tidak akan dapat menyedapkan lagi sesuatu makanan jika dimakan bersama. Apa gila nak makan nasi goreng kampung dengan politik. Orang gila pun tak buat kerja macam tu.
Hal-hal sukan, biarlah orang sukan yang true urus. Hal-hal ekonomi, biarlah orang ekonomi yang true buat kira. Jangan guna orang politik. Orang kerabat diraja pun kalau boleh jangan guna melainkan mereka yang true sahaja. Hanya orang yang true dalam hal masing-masing sahaja yang kita perlukan di planet Bumi demi kesejahteraan umat sejagat.
Wednesday, 19 December 2012
Ketenangan Sebelum Kekacauan
Dengan adanya nasi, untuk seketika hidup akan menjadi tenang dan perut akan menjadi kenyang. Itulah kehebatan nasi.
Wednesday, 22 August 2012
Barclays Premier League 2012/2013: Apa Masalah The Gunners ni?
Ada satu benda pasal Arsenal ni yang buat aku tak faham. Masa Robin Van Persie dah confirm keluar Arsenal dan join Manchester United, habis sekalian penyokong Arsenal start benci dan maki-hamun Robin Van Persie. Siap ada yang bakar jersey Van Persie tu. Paling gila bila bini Van Persie terima ugutan bunuh sebab Van Persie join Manchester United. Tapi bila Alex Song dah confirm keluar Arsenal dan join Barcelona beberapa hari lepas tu, tak ada pulak penyokong Arsenal maki-hamun, bakar jersey dan buat ugutan bunuh macam Van Persie kena. Pelik betul.
Rasis ke mende ni?
Subscribe to:
Posts (Atom)