Thursday, 21 February 2013

Tiada Politik Dalam Rock

Sebagai seorang lelaki Melayu yang berjiwa rock, politik ni aku anggap macam benda yang kotor, celaka dan tak sedap. Macam tahi. Letak kat mana-mana benda pun ianya tidak akan jadi elok mahupun tersusun dan ianya juga pasti tidak akan dapat menyedapkan lagi sesuatu makanan jika dimakan bersama. Apa gila nak makan nasi goreng kampung dengan politik. Orang gila pun tak buat kerja macam tu.
 
Hal-hal sukan, biarlah orang sukan yang true urus. Hal-hal ekonomi, biarlah orang ekonomi yang true buat kira. Jangan guna orang politik. Orang kerabat diraja pun kalau boleh jangan guna melainkan mereka yang true sahaja.  Hanya orang yang true dalam hal masing-masing sahaja yang kita perlukan di planet Bumi demi kesejahteraan umat sejagat. 

 

No comments:

Post a Comment