Wednesday, 22 August 2012

Barclays Premier League 2012/2013: Apa Masalah The Gunners ni?

Ada satu benda pasal Arsenal ni yang buat aku tak faham. Masa Robin Van Persie dah confirm keluar Arsenal dan join Manchester United, habis sekalian penyokong Arsenal start benci dan maki-hamun Robin Van Persie. Siap ada yang bakar jersey Van Persie tu. Paling gila bila bini Van Persie terima ugutan bunuh sebab Van Persie join Manchester United. Tapi bila Alex Song dah confirm keluar Arsenal dan join Barcelona beberapa hari lepas tu, tak ada pulak penyokong Arsenal maki-hamun, bakar jersey dan buat ugutan bunuh macam Van Persie kena. Pelik betul. 
 
Rasis ke mende ni?

Selamat Hari Raya Aidilfitri Tahun 2012

Tema aku untuk scene hari raya Aidilfitri tahun 2012 adalah 'Sederhana, Bukan Papa Kedana'. Tema ini aku reka sendiri nama dia dan aku rasa nama ni lagi power dari nama tema hari kemerdekaan Malaysia 2012 iaitu 'Janji Ditepati'. Tema raya tahun ni aku sengaja reka sebegitu sebab memang itu yang aku buat untuk sambutan raya tahun ni. Semua benda yang berkaitan dengan scene raya aku pakai yang tahun lepas dan 2, 3 tahun lepas punya start dari baju melayu sampailah ke kasut mahupun selipar. Bagi aku, inilah yang dimaksudkan dengan sederhana, bukan papa kedana.

p/s: Untuk scene raya tahun depan, aku ingat nak buat tema 'Mewah dan Bergaya'. Kah kah kah!

Tuesday, 14 August 2012

Mercun dan Puasa 2012

Untuk bulan puasa tahun ni, aku buat kelainan sikit berbanding tahun lepas. Bulan puasa tahun lepas aku sambut secara normal tapi tahun ni aku sambut secara merbahaya dan mencabar dengan menjadi seorang broker mercun. Broker mercun ni bidang tugas dia tak sama dengan tauke mercun. Broker mercun ni dia cuma ambik order mercun sahaja. Tauke mercun pulak keluar modal sendiri untuk ambik mercun dan jual atau distribute kepada orang bawahan. (Ini hanyalah tafsiran aku. Jangan percaya sangat aku tulis ni. Kah kah kah!)

Sebagai seorang broker mercun yang baru, aku kena ada seorang supplier dan runner yang dah steady dalam scene mercun ni. Nak lagi power kalau boleh dapat seorang supplier merangkap juga seorang runner macam member aku ni. Dua-dua kerja dia buat. Member aku ni memang seorang yang berpengalaman dalam scene seludup. Daripada beras siam hingga kepada baju bayi, semua dia buat. Setakat mercun tu memang tiada masalah bagi member aku. Maka dengan itu, aku hired member aku sebagai supplier merangkap runner aku. 

Sehingga hari ini, dah ramai member-member jadi pelanggan aku. Harga aku memang lain dari yang lain. Sebagai seorang broker yang berjiwa rakyat, aku mark-up harga tak banyak macam tauke mercun buat. Mulai tahun ini, aku berjanji akan menjadi seorang broker mercun setiap kali bulan puasa datang. Janji ditepati adalah slogan aku mem-broker. Kah kah kah!


Tuesday, 17 July 2012

Jersi Malaysia Yang Paling Handsome


Ini adalah jersi away pasukan bola sepak Malaysia pada tahun 1985-1988. Ikhlas aku cakap, jersi ni adalah jersi paling handsome sekali dalam sejarah jersi-jersi pasukan bola sepak Malaysia. Sponsored by Adidas dan Gold Flake, sebuah jenama rokok dulu-dulu. Kredit kepada Switch Image Project yang buat layout ni. Kalau aku ada jersi ni, aku akan pakai dengan penuh perasaan bangga dalam dada. Kah kah kah!

Wednesday, 4 July 2012

Perli Di Pagi Hari

Malam semalam hamba bergegas keluar rumah untuk pergi kerja sebab ada projek penting di kilang yang tengah berjalan. Settle je hamba makan nasi, hamba terus sambar beg dan keluar rumah sambil kunyah coklat Daim yang sememangnya sedap. baru je hamba nak masuk kereta, tiba-tiba mak hamba panggil.

"Mat, nak pergi kerja tu tolong buang sampah sekali kat tong sampah tepi jalan besar tu. Mak dah ikat dah ni," katanya mak hamba.

"Tak sempat la mak. Orang nak cepat ni. Ada projek penting di kilang tengah buat sekarang ni. Orang balik mandi dan makan kejap je tadi," balas hamba dengan nada serius.

"Alah kejap je. Letak dalam bonet belakang kereta tu terus," sambung mak hamba.

"Mak simpan dulu la sampah tu. Pagi nanti bila orang balik kerja orang buang. Orang lorat ni mak," katanya hamba sambil tersenyum manis tanda berjaya memujuk mak hamba.

"Ala kau lorat-lorat pun macam la tak sempat nak buang sampah kejap," mak hamba balas lagi.

Hamba senyum sahaja lepas mak hamba cakap macam tu dan terus bawak kereta pergi kerja dengan berlorat gaduhnya.

Habis je kerja pagi kelmarin hamba balik ke rumah macam biasa. Perasaan tenang balik kerja time pagi dinihari lain berbanding dengan balik kerja time petang senja. Perasaan tenang itu tidak sama dengan setenang air di kali tapi sama dengan tenangnya Andrea Pirlo di tengah padang. Sesampainya hamba di rumah, hamba tengok mak hamba berada di luar rumah tengah siram pokok bunga.  Peseng mak hamba ni dia memang suka siram pokok bunga time pagi dinihari. Hamba dah lupa apa reason dia cakap hari tu.Hamba parking kereta elok-elok dan terus keluar dari kereta sambil menggalas beg kerja hamba. 

"Mak, mana sampah yang mak nak hamba buang semalam? hamba nak pergi buang ni," tanya hamba kepada mak hamba.

"Dah buang dah sampah tu semalam," jawab mak hamba.

"Siapa yang buang mak? Abah ke?" tanya hamba.

"Mak yang buang. Mak 'kuda' sampah tu macam Khairul Fahmi 'Apek' tendang bola. Mak tendang dari muka pintu rumah terus masuk dalam tong sampah tepi jalan besar sana," jawab mak hamba lagi sambil tersenyum sinis.

Hamba mampu tersenyum malu selepas diperli oleh mak hamba dengan begitu sekali dan terus masuk rumah tanpa mengutip air muka hamba yang jatuh berderai. Power jugak ayat mak hamba guna untuk perli hamba. 


P/S: Mulai hari ni, hamba dah tak nak berkira atau malas kalau mak hamba minta tolong. Member-member takpe