Malam semalam hamba bergegas keluar rumah untuk pergi kerja sebab ada projek penting di kilang yang tengah berjalan. Settle je hamba makan nasi, hamba terus sambar beg dan keluar rumah sambil kunyah coklat Daim yang sememangnya sedap. baru je hamba nak masuk kereta, tiba-tiba mak hamba panggil.
"Mat, nak pergi kerja tu tolong buang sampah sekali kat tong sampah tepi jalan besar tu. Mak dah ikat dah ni," katanya mak hamba.
"Tak sempat la mak. Orang nak cepat ni. Ada projek penting di kilang tengah buat sekarang ni. Orang balik mandi dan makan kejap je tadi," balas hamba dengan nada serius.
"Alah kejap je. Letak dalam bonet belakang kereta tu terus," sambung mak hamba.
"Mak simpan dulu la sampah tu. Pagi nanti bila orang balik kerja orang buang. Orang lorat ni mak," katanya hamba sambil tersenyum manis tanda berjaya memujuk mak hamba.
"Ala kau lorat-lorat pun macam la tak sempat nak buang sampah kejap," mak hamba balas lagi.
Hamba senyum sahaja lepas mak hamba cakap macam tu dan terus bawak kereta pergi kerja dengan berlorat gaduhnya.
Habis je kerja pagi kelmarin hamba balik ke rumah macam biasa. Perasaan tenang balik kerja time pagi dinihari lain berbanding dengan balik kerja time petang senja. Perasaan tenang itu tidak sama dengan setenang air di kali tapi sama dengan tenangnya Andrea Pirlo di tengah padang. Sesampainya hamba di rumah, hamba tengok mak hamba berada di luar rumah tengah siram pokok bunga. Peseng mak hamba ni dia memang suka siram pokok bunga time pagi dinihari. Hamba dah lupa apa reason dia cakap hari tu.Hamba parking kereta elok-elok dan terus keluar dari kereta sambil menggalas beg kerja hamba.
"Mak, mana sampah yang mak nak hamba buang semalam? hamba nak pergi buang ni," tanya hamba kepada mak hamba.
"Dah buang dah sampah tu semalam," jawab mak hamba.
"Siapa yang buang mak? Abah ke?" tanya hamba.
"Mak yang buang. Mak 'kuda' sampah tu macam Khairul Fahmi 'Apek' tendang bola. Mak tendang dari muka pintu rumah terus masuk dalam tong sampah tepi jalan besar sana," jawab mak hamba lagi sambil tersenyum sinis.
Hamba mampu tersenyum malu selepas diperli oleh mak hamba dengan begitu sekali dan terus masuk rumah tanpa mengutip air muka hamba yang jatuh berderai. Power jugak ayat mak hamba guna untuk perli hamba.
P/S: Mulai hari ni, hamba dah tak nak berkira atau malas kalau mak hamba minta tolong. Member-member takpe
No comments:
Post a Comment