Tuesday, 12 March 2013

Spongebob Squarepants & Patrick Star

Sampai ke hari ni Spongebob Squarepants masih lagi tiada lesen memandu walaupun dah banyak kali masuk kelas memandu. Bangang betul. Walau bagaimanapun, satu benda yang boleh aku puji pasal Spongebob ni adalah beliau rajin bekerja. Tak pernah ambil cuti tahunan mahupun cuti hujung minggu. Hari-hari beliau bekerja. Power, power.

Oleh kerana Spongebob ni rajin bekerja, beliau mampu memiliki sebuah rumah banglo 2 tingkat berbentuk nenas dengan anggaran harga dalam lingkungan RM500,000-RM600,000. Member baik Spongebob, Patrick Star pula memiliki sebuah rumah teres 1 tingkat. Patrick ni aku rasa kerja dia kalau tak main forex atau saham, mesti dia buat skim MLM. Entah macam mana dia mampu memiliki sebuah rumah dengan hanya bersenang-lenang setiap hari. Celaka betul.


Friday, 22 February 2013

Unsettled And Unfinished

Aku sebenarnya banyak benda dan kerja yang belum settle, yang nak dibuat dan yang tertunggak tapi aku masih lagi boleh meluangkan masa untuk bermain FIFA 2013 dan buat air kopi. Mungkin inilah yang dikatakan sebagai hero yang tak berlorat gaduh. Kah kah kah

True Dan Real Punya Bangkang

Seorang pembangkang ni kerja dia adalah untuk bangkang. Ini dasar utama dia. Seorang penyokong pembangkang ni pula kerja dia adalah untuk sokong bangkang. Dalam hal bangkang-membangkang ni, apa benda yang tak berkenan kenalah bangkang. Cara bangkang yang true dan real adalah bangkang habis-habisan sehingga titisan darah yang terakhir. 

Tapi bangkang zaman sekarang tak sama dengan bangkang zaman dahulu. Zaman sekarang punya bangkang banyak guna mulut, buatnya tidak. Cakap nak lawan kerajaan, tapi bila kerajaan bagi bantuan dengan tak malunya terima. Nampak sangat takde spirit yang true dan real. Ini bukan bangkang. Ini bangang.

Thursday, 21 February 2013

Tiada Politik Dalam Rock

Sebagai seorang lelaki Melayu yang berjiwa rock, politik ni aku anggap macam benda yang kotor, celaka dan tak sedap. Macam tahi. Letak kat mana-mana benda pun ianya tidak akan jadi elok mahupun tersusun dan ianya juga pasti tidak akan dapat menyedapkan lagi sesuatu makanan jika dimakan bersama. Apa gila nak makan nasi goreng kampung dengan politik. Orang gila pun tak buat kerja macam tu.
 
Hal-hal sukan, biarlah orang sukan yang true urus. Hal-hal ekonomi, biarlah orang ekonomi yang true buat kira. Jangan guna orang politik. Orang kerabat diraja pun kalau boleh jangan guna melainkan mereka yang true sahaja.  Hanya orang yang true dalam hal masing-masing sahaja yang kita perlukan di planet Bumi demi kesejahteraan umat sejagat. 

 

Wednesday, 19 December 2012

Ketenangan Sebelum Kekacauan

Dengan adanya nasi, untuk seketika hidup akan menjadi tenang dan perut akan menjadi kenyang. Itulah kehebatan nasi.