Sunday, 10 June 2012

Kisah EURO 2012 (Poland-Ukraine): Bahagian 1

Untuk EURO 2012, pasukan pilihan Abang Mat adalah pasukan Croatia, Italy dan England (tidak mengikut turutan). Kalau ikutkan prestasi dan ranking, pasukan Germany dan Spain adalah pilihan orang ramai tapi tidak bagi Abang Mat. Spain memang mati hidup semula Abang Mat takkan sokong sebab ramai player Barcelona dan permainan tiki-taka. Portugal masih lagi dalam pemerhatian Abang Mat. Harapan awal Abang Mat adalah supaya ketiga-tiga pasukan pilihan Abang Mat lepas grouping dan masuk quarter final. Kalau tak ketiga-tiga sekaligus pun at least salah satu.

Akhir kata dari Abang Mat, Viva Espana my ass!


Wednesday, 6 June 2012

Serabut Perut Di Facebook

Aku perasan sejak kebelakangan ni ada sejenis peseng wujud dalam Facebook. Benda ni memang sentiasa buat aku serabut perut betul time aku online Facebook. Dah lama sangat aku perati peseng suka menunjuk-nunjuk tanpa niat ni. Peseng lain-lain macam peseng bahasa rempit ni aku tak peduli sangat sebab memang dah peseng masyarakat rempit begitu tapi peseng menunjuk-nunjuk tanpa niat ni aku kena peduli sebab ianya melibatkan perasaan dan hati. 

Apa jenis peseng ni nak beli kereta pun nak kena tanya pengguna Facebook yang lain? Toyota Vios la, Honda City la, Ford Fiesta la. Benda-benda macam ciri-ciri spesifikasi, tahap penjimatan minyak, down-payment semua ni, tanya salesman kat showroom. Kalau nak beli kereta-kereta 2nd hand tu memang tidak menjadi masalah kalau nak tanya pendapat orang yang dah pakai. Buat masa sekarang, aku masih lagi belum jumpa teknik-teknik untuk aku hapuskan peseng ni terutamnya bila berhadapan dengan member-member yang ada peseng ni. Hajat di hati nak perli makan dalam tapi buatnya member tu hati diperbuat daripada kaca tak pasal-pasal tarik muka nanti.
 
Setelah diambil kira segala macam analisis yang otak aku mampu fikir, aku membuat keputusan untuk berdiam diri buat bodoh sahaja demi menjaga keharmonian masyarakat Facebook. Walaubagaimanapun, ikhlas aku cakap, peseng ni kalau tak diambil tindakan serta-merta oleh JKKK Facebook ataupun Polis Facebook boleh mendatangkan krisis besar kepada pengguna-pengguna Facebook lain. Jangan terkejut kalau lepas ni ada riot pasal peseng bangang ni kat mana-mana bandaraya besar mahupun pekan. Pasal peseng jealous antara betina pun ada yang bertumbuk, inikan pula pasal peseng menunjuk-nunjuk.



Tuesday, 5 June 2012

Pampers Lagi Power Dari Bola Sepak

Zaman sekarang ni teknologi pampers lagi maju dari bola sepak Malaysia. FAM sedar ke tidak akan perkara ini sebenarnya?

Monday, 4 June 2012

The Greatest Mystery In The World Is WOMAN.

"Hari tu sayang cakap nak bertunang dulu. Hari ni pula sayang cakap nak kahwin terus, tak nak bertunang."

"Hari tu sayang cakap hantaran kahwin RM15xxx ikut tarikh hari jadi sayang. Hari ni sayang cakap bagilah hantaran setakat mampu."

"Hari tu sayang cakap sayang tak suka kalau kena compare dengan orang lain. Hari ni sayang dengan selamba compare abang dengan si Nazri (bukan nama sebenar)."

Honestly speaking, never take anything that comes out from your woman's mouth for granted. Just listen and read between the lines.

Thursday, 24 May 2012

Kejutan Budaya Bola Sepak

Aku ada beberapa orang member satu kampung dengan aku yang aku syak mereka ni terkena kejutan budaya bola sepak. Member-member aku ni sebelum ni tak layan pun scene bola sepak. Kalau layan pun macam tak layan. Deme-deme ni aku rasa kalau aku cakap pasal Borussia Dortmund juara Bundesliga 2012 aci kerat kote sorang tak tahu. Kalau cakap pasal scene badminton, deme-deme ni lebih tahu.

Namun begitu, aku tengok member-member aku sejak kebelakangan ni dah jadi lain macam. Mula minat dengan bola. Siap pergi Stadium Nasional Bukit Jalil tengok Kelantan lawan Sime Darby Final Piala FA 2012. Lepas tu pulak semalam pergi Stadium Sultan Muhammad IV tengok Kelantan lawan Terengganu 2nd round AFC Cup. Bersemangat betul deme-deme ni. Sebelum-sebelum ni aku ajak pergi tengok bola Liga Super sorang pun tak nak pergi. 

Tapi ada satu benda yang buat aku pandang slack kat deme-deme ni. Cara mereka sembang pasal scene bola sepak Malaysia punyalah power dan kencang macam dah lama berkecimpung. Pada hakikatnya baru je kenal bola sepak dalam tahun 2012.  Itu pun kenal Ghaddar, Nwoha, Piya, Mat Yo, Chanturu. Lain-lain pemain Kelantan aku rasa ada juga yang deme-deme ni tak kenal. Itu baru bola sepak Malaysia. Kalau BPL? Aku berani bet semua chip aku dalam Zynga Poker yang deme-deme ni tak kenal pun siapa Luis Suarez!

Setelah diselidik dan dikaji, aku rasa faktor utama member-member aku ni tiba-tiba bertukar angin nak join scene bola sepak adalah kerana terikut-ikut dengan orang ramai. Pergi Bukit Jalil itu hari pun sebab nak enjoy tengok gelagat orang ramai. Aku yakin dan percaya ini adalah sebabnya.