Aku perasan sejak kebelakangan ni ada sejenis peseng wujud dalam Facebook. Benda ni memang sentiasa buat aku serabut perut betul time aku online Facebook. Dah lama sangat aku perati peseng suka menunjuk-nunjuk tanpa niat ni. Peseng lain-lain macam peseng bahasa rempit ni aku tak peduli sangat sebab memang dah peseng masyarakat rempit begitu tapi peseng menunjuk-nunjuk tanpa niat ni aku kena peduli sebab ianya melibatkan perasaan dan hati.
Apa jenis peseng ni nak beli kereta pun nak kena tanya pengguna Facebook yang lain? Toyota Vios la, Honda City la, Ford Fiesta la. Benda-benda macam ciri-ciri spesifikasi, tahap penjimatan minyak, down-payment semua ni, tanya salesman kat showroom. Kalau nak beli kereta-kereta 2nd hand tu memang tidak menjadi masalah kalau nak tanya pendapat orang yang dah pakai. Buat masa sekarang, aku masih lagi belum jumpa teknik-teknik untuk aku hapuskan peseng ni terutamnya bila berhadapan dengan member-member yang ada peseng ni. Hajat di hati nak perli makan dalam tapi buatnya member tu hati diperbuat daripada kaca tak pasal-pasal tarik muka nanti.
Setelah diambil kira segala macam analisis yang otak aku mampu fikir, aku membuat keputusan untuk berdiam diri buat bodoh sahaja demi menjaga keharmonian masyarakat Facebook. Walaubagaimanapun, ikhlas aku cakap, peseng ni kalau tak diambil tindakan serta-merta oleh JKKK Facebook ataupun Polis Facebook boleh mendatangkan krisis besar kepada pengguna-pengguna Facebook lain. Jangan terkejut kalau lepas ni ada riot pasal peseng bangang ni kat mana-mana bandaraya besar mahupun pekan. Pasal peseng jealous antara betina pun ada yang bertumbuk, inikan pula pasal peseng menunjuk-nunjuk.
No comments:
Post a Comment