Tuesday, 23 February 2016

2016 and still rocking

Last time I've been blogging here was June 2014. Now, it's already February 2016. Time flies, life goes on. Still working, far from retireeing. Nevertheless, I'm still rocking. Don't count me out yet, Blogger! 

Wednesday, 4 June 2014

What the fuck is your problem, woman?

Woman. The greatest mystery on earth, katanya Doc Emmett Brown. 

Wanita ni kadang kala akan menjadi kurang akal terutamanya ketika marah, katanya Ustaz Don Daniyal.

.........

Aku cukup setuju dengan Doc Emmett Brown. Dengan Ustaz Don Daniyal aku sedikit hairan. Aku rasa perempuan ni mereka tahu yang mereka ni kadang kala kurang akal. Kalau dah tahu begitu, kenapa ketika marah tak cuba handle masalah kurang akal tu? Kenapa nak teruskan juga marah-marah? 

If the problem that makes you angry and aggravated wasn't cause by you, then you have the right to be angry. However, if it's the other way around, why the fuck are you pissed too? It's your fault for fuck's sake. 
Others (men specifically) should not tolerate with this nonsense if you ask me.

Calm the fuck down, women. Let's talk nicely and work our arses off together in solving problems. Savvy? 

Comeback

Setelah sekian lama, hari ini aku buat comeback untuk pos kat sini. Apa nak jadi, jadilah!

Monday, 27 January 2014

Dari 16 September 2013, 26 Januari 2014 Aku Kembali

Aku ada banyak isu-isu yang berbangkit yang aku nak bagitahu kat blogspot aku ni sebenarnya tapi nantilah dulu. 

...

Perut aku lapar nak makan burger ni. Aku kena selesaikan urusan ni dulu. Sekian.

Friday, 6 September 2013

Berlawan Dengan Pengurus

Lepas raya baru-baru ni, aku bergaduh mulut dengan pengurus aku. Sebab utama pergaduhan itu berlaku adalah ketidakadilan. Pengurus aku ni adalah seorang perempuan kategori senior/veteran dari sudut umur. Dari sudut lagak dan perwatakan, beliau seorang tua yang tak sedar diri dan bajet muda. Oleh kerana beliau ni perempuan, maka aku ambil langkah untuk bergaduh mulut sahaja. Kalau lelaki, dah tentu bertumbuk dalam pejabat atau kilang.

Dari apa yang aku mampu selidik lepas bergaduh mulut dengan beliau, aku dapat rumuskan dengan satu ungkapan rekaan aku sendiri. Ungkapan itu berbunyi "luaran nampak elok, dalaman rosak teruk". 

Kepada pengurus, terimalah sekeping gambar bertemakan rock ini.


Ikhlas dari, Ketua Jabatan Operasi dan staf-stafnya



Kah kah kah! 

Tuesday, 23 July 2013

Kerajinan Yang Hilang

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa sudah jadi dengan blog ini. Kenapa lama tak di-update? Ke mana perginya Abang Mat? Apa hala tuju bola sepak Malaysia?




Bawa bertenang. Benda boleh settle. Untuk menjawab segala persoalan yang dilontarkan oleh anda semua, (perasan. Mana ada orang tanya pun. Sendiri tanya adalah) hanya satu jawapan sahaja yang mampu diberikan kepada setiap persoalan iaitu kerajinan yang telah hilang yang menyebabkan semua benda tak jalan seperti kereta tidak dibasuh dengan tangan dan keringat sendiri, boot bola yang berlumpur dah 2 minggu belum dicuci dan lain-lain lagi. 

Berkenaan dengan hala tuju bola sepak Malaysia, ianya masih tidak berubah. FAM tetap bangang dan coach Dato' K. Rajagobal masih lagi hilang punca. Sekian.

Thursday, 23 May 2013

CHAMP20N 20 I 13

Dah seminggu lebih dah Manchester United jadi champion BPL musim 2012-2013 buat kali ke-20 untuk Manchester United dan kali ke-13 untuk Sir Alex Ferguson tapi hari ni baru aku nak post.

Pergh. Lama betul aku celebrate kemenangan ni. Kah kah kah


p/s: To 'em City cunts, Manchester is bloody red, not blue. Savvy? Glory Glory Man United! 

Wednesday, 1 May 2013

Pilihanraya Umum Malaysia ke-13

Disebabkan oleh Pilihanraya Umum Malaysia yang ke-13, segala hal kerja aku tiba-tiba jadi huru-hara. Mesin dipaksa run production order yang naik fucking banyak, production start time dan end time jadi fucking lambat, production waste jadi fucking melimpah, material yang digunakan jadi fucking over-used. Production order buat masa sekarang adalah di tahap yang tak munasabah dan tak patut. Our production order is at the level of bloody madness. Every single thing regarding production were totally fucked up beyond my fucking imaginations!

Pada tahap serabut yang aku berada sekarang ni, memang aku akan banyak mencarut in English sebab in Malay aku dah khatam mencarut sejak minggu lepas lagi.


p/s: Disebabkan oleh pilihanraya umum ni jugaklah aku tak dapat tengok semi-final Champions League. Langsung tak dapat. Memang fucking celaka!

Tuesday, 16 April 2013

Bangang Football is the new Total Football

Kalau semua player nak main atas, nak jadi striker, siapa nak main bawah? Siapa nak back-up defender? Sebelum friendly game petang tadi start, pakai formation 4-4-2. Tengah-tengah friendly game, formation jadi 4-0-5. Midfielder semua naik atas tak turun-turun. Habis semua defender jadi gila termasuk aku. Apa jenis bola sepak ni? Bangang betul.


p/s: Aku sepatutnya main defensive midfielder tapi entah macam mana tiba-tiba jadi center back. Macam celaka main bola tadi

Monday, 8 April 2013

Mainstream my ass!

Kalau sesuatu benda tu ramai orang buat, benda tu dikira mainstream. Logiknya, makan nasi ni pun dikira mainstream sebab boleh dikatakan semua orang makan nasi. Sekarang ni semua benda pun nak dijadikan mainstream. Kalau semua benda pun nak di-mainstream-kan, tinggal apa benda lagi yang tak mainstream? 

Oleh kerana ramai orang yang bersungguh-sungguh nak terlibat sama dengan hal-hal mainstream, aku mengambil keputusan untuk tidak menjadi mainstream. Benda pertama aku akan buat untuk menjadi un-mainstream adalah dengan tidak bermain instaplace mahupun instaweather. Kah kah kah


p/s: Punyalah bersemangat nak jadi mainstream sampai semua benda nak di-instaplace-kan. Bawak bertenang sikit main instaplace tu

Wednesday, 20 March 2013

Rentap, Sapok Biki & Taib Mahmud

Semalam aku tengok video Global Witness buat pasal korupsi dan kronisme Taib Mahmud di negeri Sarawak. Satu benda yang aku boleh cakap pasal video tu adalah aku tak faham bahasa hartanah, bahasa bisnes dan bahasa lawyer. Dalam video tu ada sebut perkataan 'nominee' dan perkara pertama yang aku terbayang adalah nominee Oscar's Award. Dalam video tu juga ada sebut 'RPGT'. Terus aku ingat roket RPG yang askar guna untuk tembak kereta kebal. Lain betul bahasa dia dengan bahasa harian aku.

Kalau Rentap tahu pasal korupsi Taib Mahmud ni, dah lama Taib Mahmud kena seret dengan kuda dari belakang. Itu kalau Rentap. Kalau Sapok Biki yang tahu? Dah tentu dia bagi uppercut betul-betul bawah janggut putih Taib Mahmud. 


p/s: apa hal dalam video tu aku tengok bini Taib Mahmud dah macam Kim Kardashian? Entah macam mana perempuan Syria 'nasi lemak' Rm150 tu boleh berkenan dengan Taib Mahmud yang dulu semua bulu hitam kini dah jadi putih. Tak paham aku

Monday, 18 March 2013

All Politicians Are Bastard

Belah kerajaan kutuk belah pembangkang. Belah pembangkang balas balik kutuk belah kerajaan. Servis bertukar tangan. Belah pembangkang start kutuk dulu pulak, belah kerajaan tak duduk diam balas balik kutuk jugak. Kedua-dua belah pihak saling kutuk-mengutuk dan keji-mengeji macam tak berkesudahan. Hal ini dimulakan oleh ahli politik yakni ketua dan disambung oleh rakyat yakni penyokong. 

 Kalau diperhatikan, ada satu benda kedua-dua belah pihak ni ada persamaan iaitu kedua-duanya makan nasi. Ajak kedua-dua belah makan nasi sama-sama, dah tentu makan kenyang-kenyang diam tak berkata apa. Tapi kalau dua-dua belah bersatu, tak jadi kerjalah politik itu. Boleh ke hidup tanpa politik?

Ishh. Tak jadi, tak jadi. Kah kah kah

She's Just Not That Into You my ass!

Orang perempuan ni kalau orang lelaki ramah dan mesra, mereka kata 'gatal'. Kalau orang lelaki tak ramah dan mesra, mereka kata sombong dan bajet handsome. Serba tak kena kalau diperhatikan. Itu kalau ramah dan mesra. Kalau lelaki ramas dan mesra, mesti segala jenis binatang dalam hutan mereka kata kepada lelaki. Kah kah kah!

Friday, 15 March 2013

Un-bloody-believable

Aku baru perasan yang aku ni dah on Blogger since June 2008 rupanya. Bulan Jun ni cukup 5 tahun umur blog aku tapi post baru 56 kali. Ini yang ke-57. Tak rasa macam blogger pun. Kah kah kah!


Tuesday, 12 March 2013

Spongebob Squarepants & Patrick Star

Sampai ke hari ni Spongebob Squarepants masih lagi tiada lesen memandu walaupun dah banyak kali masuk kelas memandu. Bangang betul. Walau bagaimanapun, satu benda yang boleh aku puji pasal Spongebob ni adalah beliau rajin bekerja. Tak pernah ambil cuti tahunan mahupun cuti hujung minggu. Hari-hari beliau bekerja. Power, power.

Oleh kerana Spongebob ni rajin bekerja, beliau mampu memiliki sebuah rumah banglo 2 tingkat berbentuk nenas dengan anggaran harga dalam lingkungan RM500,000-RM600,000. Member baik Spongebob, Patrick Star pula memiliki sebuah rumah teres 1 tingkat. Patrick ni aku rasa kerja dia kalau tak main forex atau saham, mesti dia buat skim MLM. Entah macam mana dia mampu memiliki sebuah rumah dengan hanya bersenang-lenang setiap hari. Celaka betul.


Friday, 22 February 2013

Unsettled And Unfinished

Aku sebenarnya banyak benda dan kerja yang belum settle, yang nak dibuat dan yang tertunggak tapi aku masih lagi boleh meluangkan masa untuk bermain FIFA 2013 dan buat air kopi. Mungkin inilah yang dikatakan sebagai hero yang tak berlorat gaduh. Kah kah kah

True Dan Real Punya Bangkang

Seorang pembangkang ni kerja dia adalah untuk bangkang. Ini dasar utama dia. Seorang penyokong pembangkang ni pula kerja dia adalah untuk sokong bangkang. Dalam hal bangkang-membangkang ni, apa benda yang tak berkenan kenalah bangkang. Cara bangkang yang true dan real adalah bangkang habis-habisan sehingga titisan darah yang terakhir. 

Tapi bangkang zaman sekarang tak sama dengan bangkang zaman dahulu. Zaman sekarang punya bangkang banyak guna mulut, buatnya tidak. Cakap nak lawan kerajaan, tapi bila kerajaan bagi bantuan dengan tak malunya terima. Nampak sangat takde spirit yang true dan real. Ini bukan bangkang. Ini bangang.

Thursday, 21 February 2013

Tiada Politik Dalam Rock

Sebagai seorang lelaki Melayu yang berjiwa rock, politik ni aku anggap macam benda yang kotor, celaka dan tak sedap. Macam tahi. Letak kat mana-mana benda pun ianya tidak akan jadi elok mahupun tersusun dan ianya juga pasti tidak akan dapat menyedapkan lagi sesuatu makanan jika dimakan bersama. Apa gila nak makan nasi goreng kampung dengan politik. Orang gila pun tak buat kerja macam tu.
 
Hal-hal sukan, biarlah orang sukan yang true urus. Hal-hal ekonomi, biarlah orang ekonomi yang true buat kira. Jangan guna orang politik. Orang kerabat diraja pun kalau boleh jangan guna melainkan mereka yang true sahaja.  Hanya orang yang true dalam hal masing-masing sahaja yang kita perlukan di planet Bumi demi kesejahteraan umat sejagat. 

 

Wednesday, 19 December 2012

Ketenangan Sebelum Kekacauan

Dengan adanya nasi, untuk seketika hidup akan menjadi tenang dan perut akan menjadi kenyang. Itulah kehebatan nasi.

Wednesday, 22 August 2012

Barclays Premier League 2012/2013: Apa Masalah The Gunners ni?

Ada satu benda pasal Arsenal ni yang buat aku tak faham. Masa Robin Van Persie dah confirm keluar Arsenal dan join Manchester United, habis sekalian penyokong Arsenal start benci dan maki-hamun Robin Van Persie. Siap ada yang bakar jersey Van Persie tu. Paling gila bila bini Van Persie terima ugutan bunuh sebab Van Persie join Manchester United. Tapi bila Alex Song dah confirm keluar Arsenal dan join Barcelona beberapa hari lepas tu, tak ada pulak penyokong Arsenal maki-hamun, bakar jersey dan buat ugutan bunuh macam Van Persie kena. Pelik betul. 
 
Rasis ke mende ni?