Aku sebenarnya banyak benda dan kerja yang belum settle, yang nak dibuat dan yang tertunggak tapi aku masih lagi boleh meluangkan masa untuk bermain FIFA 2013 dan buat air kopi. Mungkin inilah yang dikatakan sebagai hero yang tak berlorat gaduh. Kah kah kah
Friday, 22 February 2013
True Dan Real Punya Bangkang
Seorang pembangkang ni kerja dia adalah untuk bangkang. Ini dasar utama dia. Seorang penyokong pembangkang ni pula kerja dia adalah untuk sokong bangkang. Dalam hal bangkang-membangkang ni, apa benda yang tak berkenan kenalah bangkang. Cara bangkang yang true dan real adalah bangkang habis-habisan sehingga titisan darah yang terakhir.
Tapi bangkang zaman sekarang tak sama dengan bangkang zaman dahulu. Zaman sekarang punya bangkang banyak guna mulut, buatnya tidak. Cakap nak lawan kerajaan, tapi bila kerajaan bagi bantuan dengan tak malunya terima. Nampak sangat takde spirit yang true dan real. Ini bukan bangkang. Ini bangang.
Label-label :
Bangang,
Malaysia,
Pilihan Raya Umum,
Politik
Thursday, 21 February 2013
Tiada Politik Dalam Rock
Sebagai seorang lelaki Melayu yang berjiwa rock, politik ni aku anggap macam benda yang kotor, celaka dan tak sedap. Macam tahi. Letak kat mana-mana benda pun ianya tidak akan jadi elok mahupun tersusun dan ianya juga pasti tidak akan dapat menyedapkan lagi sesuatu makanan jika dimakan bersama. Apa gila nak makan nasi goreng kampung dengan politik. Orang gila pun tak buat kerja macam tu.
Hal-hal sukan, biarlah orang sukan yang true urus. Hal-hal ekonomi, biarlah orang ekonomi yang true buat kira. Jangan guna orang politik. Orang kerabat diraja pun kalau boleh jangan guna melainkan mereka yang true sahaja. Hanya orang yang true dalam hal masing-masing sahaja yang kita perlukan di planet Bumi demi kesejahteraan umat sejagat.
Subscribe to:
Posts (Atom)