Ini adalah jersi away pasukan bola sepak Malaysia pada tahun 1985-1988. Ikhlas aku cakap, jersi ni adalah jersi paling handsome sekali dalam sejarah jersi-jersi pasukan bola sepak Malaysia. Sponsored by Adidas dan Gold Flake, sebuah jenama rokok dulu-dulu. Kredit kepada Switch Image Project yang buat layout ni. Kalau aku ada jersi ni, aku akan pakai dengan penuh perasaan bangga dalam dada. Kah kah kah!
Tuesday, 17 July 2012
Wednesday, 4 July 2012
Perli Di Pagi Hari
Malam semalam hamba bergegas keluar rumah untuk pergi kerja sebab ada projek penting di kilang yang tengah berjalan. Settle je hamba makan nasi, hamba terus sambar beg dan keluar rumah sambil kunyah coklat Daim yang sememangnya sedap. baru je hamba nak masuk kereta, tiba-tiba mak hamba panggil.
"Mat, nak pergi kerja tu tolong buang sampah sekali kat tong sampah tepi jalan besar tu. Mak dah ikat dah ni," katanya mak hamba.
"Tak sempat la mak. Orang nak cepat ni. Ada projek penting di kilang tengah buat sekarang ni. Orang balik mandi dan makan kejap je tadi," balas hamba dengan nada serius.
"Alah kejap je. Letak dalam bonet belakang kereta tu terus," sambung mak hamba.
"Mak simpan dulu la sampah tu. Pagi nanti bila orang balik kerja orang buang. Orang lorat ni mak," katanya hamba sambil tersenyum manis tanda berjaya memujuk mak hamba.
"Ala kau lorat-lorat pun macam la tak sempat nak buang sampah kejap," mak hamba balas lagi.
Hamba senyum sahaja lepas mak hamba cakap macam tu dan terus bawak kereta pergi kerja dengan berlorat gaduhnya.
Habis je kerja pagi kelmarin hamba balik ke rumah macam biasa. Perasaan tenang balik kerja time pagi dinihari lain berbanding dengan balik kerja time petang senja. Perasaan tenang itu tidak sama dengan setenang air di kali tapi sama dengan tenangnya Andrea Pirlo di tengah padang. Sesampainya hamba di rumah, hamba tengok mak hamba berada di luar rumah tengah siram pokok bunga. Peseng mak hamba ni dia memang suka siram pokok bunga time pagi dinihari. Hamba dah lupa apa reason dia cakap hari tu.Hamba parking kereta elok-elok dan terus keluar dari kereta sambil menggalas beg kerja hamba.
"Mak, mana sampah yang mak nak hamba buang semalam? hamba nak pergi buang ni," tanya hamba kepada mak hamba.
"Dah buang dah sampah tu semalam," jawab mak hamba.
"Siapa yang buang mak? Abah ke?" tanya hamba.
"Mak yang buang. Mak 'kuda' sampah tu macam Khairul Fahmi 'Apek' tendang bola. Mak tendang dari muka pintu rumah terus masuk dalam tong sampah tepi jalan besar sana," jawab mak hamba lagi sambil tersenyum sinis.
Hamba mampu tersenyum malu selepas diperli oleh mak hamba dengan begitu sekali dan terus masuk rumah tanpa mengutip air muka hamba yang jatuh berderai. Power jugak ayat mak hamba guna untuk perli hamba.
P/S: Mulai hari ni, hamba dah tak nak berkira atau malas kalau mak hamba minta tolong. Member-member takpe
Kisah EURO 2012 (Poland-Ukraine): Bahagian Akhir
(Post ini sengaja lambat di-publish-kan sebab Abang Mat nak tenangkan fikiran dulu. Tak dapat terima kenyataan Italy kalah)
EURO 2012 telah pun tamat pada pagi kelmarin dengan Spain sebagai champion setelah menewaskan Italy 4-0 hasil jaringan David Silva, Jordi Alba, Fernando Torres dan Juan Mata. Dalam post yang sebelum ni, Abang Mat ada cakap yang Abang Mat dapat rasakan kesedapan final itu dari pasukan Italy tapi sayang, jangkaan Abang Mat meleset sama sekali. 1st half je Italy ada fight tapi masuk 2nd half tak dapat nak fight. Dah la main 10 orang. Last substitution, Thiago Motta masuk tak sampai 15 minit terus injured. Pirlo maintain tenang sampai habis game walaupun 1st half dah kena 2-0. Balotelli main bola macam hilang punca. Memang bad luck untuk The Azzurri dalam game final tu. Spain yang celaka main bola macam biasa dengan gaya tiki-taka mereka. Gol terbaik Spain dalam final tu bagi Abang Mat adalah gol Jordi Alba. Juan Mata masuk menggantikan Andres Iniesta tak sampai 10 minit dah score gol hasil assist dari Fernando Torres. Walaupun Italy kalah teruk, Abang Mat still dengan Forza Azzurri. At least 1 pasukan pilihan Abang Mat masuk final. Kah kah kah. Anyway, Viva La Espana my ass!
Sebagai kesimpulan untuk kejohanan EURO 2012, goalie terbaik pilihan Abang Mat sepanjang tournament adalah Gianluigi Buffon, Manuel Neuer dan Iker Casillas. Kategori defender terbaik pilihan Abang Mat adalah Balzaretti, Chiellini, Sergio Ramos, Gerard Pique, Fabio Coentrao, Pepe, Matt Hummels dan Philip Lahm. Midfielder terbaik pilihan Abang Mat adalah semestinya Andrea Pirlo, Daniela De Rossi, Nani, Miguel Veloso, Andres Iniesta, Ashley Young, Mesut Ozil dan Luka Modric manakala kategori striker terbaik pilihan Abang Mat adalah Mario Gomez, Alan Dzagoev, Di Natale dan Cristiano Ronaldo. Kesemua 23 pemain ini adalah Dream Team EURO 2012 bagi Abang Mat. Fernando Torres telah mendapat anugerah Golden Boot dengan rekod 3 gol. Walaupun terikat dengan Mario Gomez, Mario Mandzukic, Cristiano Ronaldo dan Alan Dzagoev, kelebihan berpihak kepada Torres sebab dia minute of play dia tak banyak dan ada assist gol. Tak sangka betul. Makin benci Abang Mat dengan Spain jadinya. Puii!

Subscribe to:
Posts (Atom)