Monday, 8 April 2013

Mainstream my ass!

Kalau sesuatu benda tu ramai orang buat, benda tu dikira mainstream. Logiknya, makan nasi ni pun dikira mainstream sebab boleh dikatakan semua orang makan nasi. Sekarang ni semua benda pun nak dijadikan mainstream. Kalau semua benda pun nak di-mainstream-kan, tinggal apa benda lagi yang tak mainstream? 

Oleh kerana ramai orang yang bersungguh-sungguh nak terlibat sama dengan hal-hal mainstream, aku mengambil keputusan untuk tidak menjadi mainstream. Benda pertama aku akan buat untuk menjadi un-mainstream adalah dengan tidak bermain instaplace mahupun instaweather. Kah kah kah


p/s: Punyalah bersemangat nak jadi mainstream sampai semua benda nak di-instaplace-kan. Bawak bertenang sikit main instaplace tu

Wednesday, 20 March 2013

Rentap, Sapok Biki & Taib Mahmud

Semalam aku tengok video Global Witness buat pasal korupsi dan kronisme Taib Mahmud di negeri Sarawak. Satu benda yang aku boleh cakap pasal video tu adalah aku tak faham bahasa hartanah, bahasa bisnes dan bahasa lawyer. Dalam video tu ada sebut perkataan 'nominee' dan perkara pertama yang aku terbayang adalah nominee Oscar's Award. Dalam video tu juga ada sebut 'RPGT'. Terus aku ingat roket RPG yang askar guna untuk tembak kereta kebal. Lain betul bahasa dia dengan bahasa harian aku.

Kalau Rentap tahu pasal korupsi Taib Mahmud ni, dah lama Taib Mahmud kena seret dengan kuda dari belakang. Itu kalau Rentap. Kalau Sapok Biki yang tahu? Dah tentu dia bagi uppercut betul-betul bawah janggut putih Taib Mahmud. 


p/s: apa hal dalam video tu aku tengok bini Taib Mahmud dah macam Kim Kardashian? Entah macam mana perempuan Syria 'nasi lemak' Rm150 tu boleh berkenan dengan Taib Mahmud yang dulu semua bulu hitam kini dah jadi putih. Tak paham aku

Monday, 18 March 2013

All Politicians Are Bastard

Belah kerajaan kutuk belah pembangkang. Belah pembangkang balas balik kutuk belah kerajaan. Servis bertukar tangan. Belah pembangkang start kutuk dulu pulak, belah kerajaan tak duduk diam balas balik kutuk jugak. Kedua-dua belah pihak saling kutuk-mengutuk dan keji-mengeji macam tak berkesudahan. Hal ini dimulakan oleh ahli politik yakni ketua dan disambung oleh rakyat yakni penyokong. 

 Kalau diperhatikan, ada satu benda kedua-dua belah pihak ni ada persamaan iaitu kedua-duanya makan nasi. Ajak kedua-dua belah makan nasi sama-sama, dah tentu makan kenyang-kenyang diam tak berkata apa. Tapi kalau dua-dua belah bersatu, tak jadi kerjalah politik itu. Boleh ke hidup tanpa politik?

Ishh. Tak jadi, tak jadi. Kah kah kah

She's Just Not That Into You my ass!

Orang perempuan ni kalau orang lelaki ramah dan mesra, mereka kata 'gatal'. Kalau orang lelaki tak ramah dan mesra, mereka kata sombong dan bajet handsome. Serba tak kena kalau diperhatikan. Itu kalau ramah dan mesra. Kalau lelaki ramas dan mesra, mesti segala jenis binatang dalam hutan mereka kata kepada lelaki. Kah kah kah!

Friday, 15 March 2013

Un-bloody-believable

Aku baru perasan yang aku ni dah on Blogger since June 2008 rupanya. Bulan Jun ni cukup 5 tahun umur blog aku tapi post baru 56 kali. Ini yang ke-57. Tak rasa macam blogger pun. Kah kah kah!