Friday, 24 February 2012

Trend Orang Melayu: Perihal Hantu Raya, Saka & Segala Jenis Benda Tahyul

salah satu trend orang Melayu turun-temurun dari dulu sampai sekarang adalah minat yang mendalam terhadap benda-benda tahyul. bela hantu raya, hantar saka, hantar ayat penunduk, bela toyol antara benda-benda tahyul yang famous amos. scene benda-benda tahyul ini aku panggil "tahyulisme". perkataan ni aku bikin sendiri sebab nampak sesuai.

tengahari tadi ada cleaner kat kilang tempat aku kerja yang tengah sedap kerja tiba-tiba masuk hantu. siap berjangkit kena member lagi sorang pulak tu. kedua-dua member yang masuk hantu ni perempuan tapi dia punya tahap meroyan tu power gila sampaikan 6 orang member laki tak boleh nak control. ada sorang member lelaki ni siap kena tendang kat perut. nasib baik perut member tu banyak lemak. taklah rasa senak sangat.

bos aku tadi punyalah takut sampai ambik half day tadi. yang aku peliknya, lepas settled buang benda alah tu, member 2 orang yang masuk hantu tu selamba je kerja balik sampai habis time. yang bos ni siap ambik half day lagi padahal tak kena pun. kah kah kah.

p/s: benda alah tu adalah hantu raya. suami ke bekas suami cleaner tu yang hantar kat dia sampai benda tu follow sekali ke kilang aku. orang Melayu dan benda-benda tahyul memang tak dapat dipisahkan.



Bolasepak Malaysia: Episod 1

aku ni seorang yang berjiwa patriotik. tak kira dalam apa hal sekalipun yang melibatkan Malaysia, semangat patriotik aku secara otomatik akan keluar. time Malaysia dan Singapura kecoh pasal Pulau Batu Putih, aku tetap Malaysia. betul atau salah suku kira. pasal kes dengan Indonesia, lagi lah aku patriotik. time Malaysia kena kutuk dengan mat-mat dan minah-minah Indon dalam facebook pasal bola sepak sukan SEA, aku join patriot-patriot Malaysia yang lain backed-up Malaysia. kutuk Indon balik tapi dengan cara profesional. bukan meroyan tak tentu hala macam mereka.

aku perhati sekarang ni makin ramai rakyat Malaysia mula berubah menjadi pengkritik terutamanya dalam scene bola sepak di Malaysia. cara sorang-sorang tu kritik kadangkala buat aku jadi terpegun. ada juga yang buat aku jadi macam 'apa hal mamat ni'. yang kutuk maki hamun tak payah cakap la. memang bersepah. kalau kutuk ada fakta ok juga. ni kutuk main nama bapak la, mencarut la. macam la Fakri Shaarani tu tahu sangat apa yang orang kutuk dia. kalau dia tahu pun, belum tentu dia kisah.

tapi apa-apa hal aku memang respek mana-mana fan yang kritik tentang taktikal. cara mereka explain tu ada yang dah macam profesional, ada pengalaman. seriously, mana-mana fan yang betul-betul rasa diri mereka berkebolehan untuk menjadi coach, please, buat apa yang patut. masuk kursus kejurulatihan, masuk akademi ke apa ke. tolong bola sepak kita. hanya kita sendiri boleh menaikkan taraf bola sepak kita. takkan nak harapkan Pep Guardiola, Guus Hiddink? mereka tak peduli pasal bola sepak kita.

pasal FAM, ramai yang fikir FAM perlukan perubahan. dalam hal ni, aku sokong. rombak balik FAM. dah berapa lama Sultan Bola tu pegang FAM tapi bola sepak kita tak power-power juga. bagi pada mereka-mereka yang tahu dan sayang pasal scene bola sepak untuk pegang FAM. aku tiada masalah kalau orang politik mahupun kerabat diraja yang pegang FAM kalau diorang betul-betul true dengan bola sepak. kalau aku, aku ambil orang-orang yang memang kerjaya dia dalam scene bola sepak terutamanya bekas pemain bola sepak.

kepada mana-mana pemain bola sepak tak kira yang power, yang amatur, yang main kampung, teruskan bermain bola sepak. kalau rasa diri tu ada bakat, gunakan sebaik mungkin. masuk akademi, masuk sekolah sukan. main bola betul-betul. jangan pikir nak main bola tahap profesional sebab boleh dapat bini artis macam Rita Rudaini dan beli kereta mahal-mahal. yang ni benda kecik je. main untuk benda yang lagi grand iaitu main untuk negara. naikkan nama negara dengan bola sepak bermutu tinggi. jangan naikkan nama negara dengan skandal artis, rasuah, jual game.

kalau aku ni seorang pemain bola sepak yang power, tak pun seorang coach yang berbakat dan berkebolehan, dah lama aku buat apa yang patut untuk tolong bola sepak Malaysia. tapi sayang, aku hanyalah seorang pemain bola sepak bertaraf kelab bukan profesional dan tak berdaftar, tiada kekuatan stamina, tiada skil power macam Lionel Messi atau Christiano Ronaldo. tapi apa yang aku tahu, aku sokong bola sepak Malaysia dari liga Super ke liga FAM hinggalah ke Harimau Malaya dan Harimau Muda A sampai Z.

Thursday, 23 February 2012

Lagu Hari Ini: Bittersweet - Knight of The Round Table

sedap dan power.

Best All-Time Movies in the History of All-Time Movies: 1

High Fidelity is truely, without a doubt, one of the best all-time movies in the history of all-time movies and will definitely be one of my all-time favorite movies!

p/s: John Cusack dan Jack Black memang power!

Saturday, 11 February 2012

Perihal Perempuan

aku pernah dengar ada seorang old-timer ni pernah cakap yang salah satu benda misteri dalam dunia ni adalah perempuan sebab tak ada seorang pun lelaki yang boleh faham pasal perempuan sepenuhnya. aku fikir-fikir balik, memang betul apa yang old-timer ni cakap. seorang lelaki yang power dalam cara-cara mengorat perempuan tidak akan dapat memahami semua perempuan yang dia tackle.

aku sampai sekarang memang tak dapat faham perempuan sepenuhnya. banyak cakap tak serupa bikin. dari pengamatan dan pengalaman aku dalam scene awek ni, satu benda je aku boleh cakap.

don't take anything for granted whatever comes out from a woman's mouth because it may or will change into something else in the future. just listen and remember.