Wednesday, 1 February 2012

Pukulan 100-Petala Langit Twitter

sejak kebelakangan ni, aku baru perasan makin ramai member-member aku main Twitter. yang tak tahannya aku ni dah lama main Twitter kalau nak banding dengan member-member aku yang baru je masuk scene Twitter tapi mereka ni dah tweet lagi banyak dari aku. berpuluh-puluh kali ganda lagi banyak! HAHAHA.

persoalannya sekarang, macam mana aku nak buat Neelofa dan Sara Ali reply atau retweet aku?

Liga Bola Sepak Sepanyol

kalau sebut pasukan bola sepak Sepanyol ni wajib semua kenal. kalau siapa tak kenal, memang sah dia duduk dalam gua selama ni. scene bola sepak Sepanyol ni ada 2 jenis liga. Liga BBVA Primera Division dan Liga Adelante Segunda Division. antara 2 liga ni, Liga BBVA Primera Division paling top. liga ni juga selalu aku dengar pengulas sukan sebut La Liga. nama gelaran dia. La Liga ni tersangatlah famous sebab 2 benda, FC Barcelona dan Real Madrid CF.

sesungguhnya, aku tak minat sangat dengan liga ni sebab liga ni kurang 'fight', kurang sengit. alih-alih, FC Barcelona dan Real Madrid CF. 2 pasukan ni je yang fight sengit untuk menang liga. pasukan lain? macam tak wujud. perbezaan point jauh gila. kalau tengok berita pasal liga ni, aku lebih suka tengok pasukan no. 3 hingga no. 7 dalam liga sebab kedudukan-kedudukan ni selalu bertukar. ada 'fight'. kira kalau bertumbuk tu, dua-dua side makan penumbuk la.

apa-apa hal pun, antara 2 pasukan power di dunia tu, aku minat Real Madrid CF. dulu aku pernah minat FC Barcelona sebab mereka memang power. passing bola macam makan nasi. selamba je passing bola celah-celah player lawan. dia punya control ball tu macam bola melekat kat kasut. tapi lepas berlaku insiden 'cerekarama tengah padang' time lawan Real Madrid, aku tak fikir banyak terus cancel minat kat Barcelona. tak sangka player Barcelona pun power berlakon. dah macam Rosyam Nor dan Faizal Hussein punya lakonan. sentuh sikit je, dia punya guling tu macam nak mati.

persoalannya sekarang, pasukan mana yang boleh menang dengan FC Barcelona dengan kesebelasan utama mereka? kalau ikut gaya permainan, harapan aku memang Real Madrid CF tapi tak jadi juga. Manchester United kalau boleh menang pun sebab nasib. AC Milan? wajib kena ayam sebab AC Milan main slow. Chelsea mungkin boleh sebab ramai player mereka kuat dan kental tapi tua-tua la pulak. harapan aku lepas ni kat Arsenal dan Manchester City sebab stail main bola nampak macam boleh pergi jauh.

kalau Liverpool? macam mana nak lawan Barcelona, main Eropah pun tak dapat. ajak Barcelona main friendly je la kalau nak lawan sangat. tu pun kalau Barcelona nak.

Sunday, 29 January 2012

Kah Kah Kah!

Canggih betul teknologi sekarang. Kah kah kah!

Tuesday, 10 January 2012

Cita-Cita Tak Kesampaian

cita-cita pertama aku time tadika dulu nak jadi seorang pekerja majlis bandaraya, kategori lori sampah. sampai sekarang tak kesampaian. (pelik gila, tak macam budak-budak lain punya cita-cita).

cita-cita kedua aku time sekolah rendah pula nak jadi seorang pemain bola sepak profesional. hero aku time tu adalah Hashim Mustapha dan Eric Cantona. masa ini memang aku dapat rasa yang aku di jalan yang betul. ayah aku siap belikan kasut bola kain untuk aku pakai. hari-hari aku main bola pakai kasut tu sampai satu tahap kasut tu dah jadi macam kasut Converse Chuck Taylor sebab stud semua dah haus. padang rumput, jalan tar, semua aku gasak main. time tu juga la aku dapat tahu yang aku ni kidal macam Ryan Giggs (juga hero aku).

dua ni je cita-cita aku yang tak kesampaian. cita-cita aku yang ketiga dan terakhir nak jadi jurutera. alhamdulillah, cita-cita aku yang ni kesampaian. tak macam yang atas. hehe

Wednesday, 4 January 2012

Mahasiswatefak

dalam hayat aku, aku tak pernah guna istilah mahasiswa. aku guna istilah pelajar universiti sebab istilah mahasiswa ni macam power sangat sedangkan aku tak power pun dari segi akademik mahupun politik. dari segi sukan, boleh tahan. kalau dah nama mahasiswa ataupun pelajar universiti ni, rebel-rebel ni memang biasa. hisap rokok kawasan kolej, parking motor dan kereta sesuka hati, main judi pakau, ponteng kelas pagi, snooker, rempit. ni semua contoh-contoh rebel zaman aku 3 tahun dulu.

mahasiswa sekarang ni lain macam dia punya rebel. kalau aku dulu rebel-rebel lebih terarah kepada benda-benda bangang tapi sedap. rebel mahasiswa sekarang ni aku tengok lebih ke arah benda-benda skema macam politik. kalau politik dalam universiti aku tak kisah, benda standard. ni rebel pasal politik negara. AUKU la, kebebasan berakademik la. apa yang sedap sangat rebel pasal ni? aku syak mahasiswa ni dah tak kenal snooker dan lepak. mereka kenal mesyuarat dan memorandum.

tapi aku yakin tak semua mahasiswa sekarang rebel macam tu. ada lagi yang rebel macam zaman aku dan zaman dulu-dulu punya. aku harap mahasiswa yang macam aku akan kekalkan tradisi rebel yang power lagi sedap. jangan terikut sangat rebel politik geng-geng mahasiswa skema. rebel bukan main lagi siap buat demo tapi yang pergi demo 100 orang-200 orang je. kurang-kurang penuh stadium bukit jalil. buat macam geng-geng Mesir, geng-geng Indon. baru true.

sebelum nak rebel pasal politik negara tu, biar lepas dulu final exam. kalau rasa macam nak repeat paper atau extend paper sebab sayang nak tinggalkan universiti, lantak kau la. kalau yang dah habis belajar, buat resume dulu. rebel-rebel juga, kerja kena cari. baru power.

tapi, ikhlas aku cakap, dari kau rebel pasal politik macam hari tu, lagi elok kalau kau jual topup. dapat gak duit. bangang.