cita-cita pertama aku time tadika dulu nak jadi seorang pekerja majlis bandaraya, kategori lori sampah. sampai sekarang tak kesampaian. (pelik gila, tak macam budak-budak lain punya cita-cita).
cita-cita kedua aku time sekolah rendah pula nak jadi seorang pemain bola sepak profesional. hero aku time tu adalah Hashim Mustapha dan Eric Cantona. masa ini memang aku dapat rasa yang aku di jalan yang betul. ayah aku siap belikan kasut bola kain untuk aku pakai. hari-hari aku main bola pakai kasut tu sampai satu tahap kasut tu dah jadi macam kasut Converse Chuck Taylor sebab stud semua dah haus. padang rumput, jalan tar, semua aku gasak main. time tu juga la aku dapat tahu yang aku ni kidal macam Ryan Giggs (juga hero aku).
dua ni je cita-cita aku yang tak kesampaian. cita-cita aku yang ketiga dan terakhir nak jadi jurutera. alhamdulillah, cita-cita aku yang ni kesampaian. tak macam yang atas. hehe
Tuesday, 10 January 2012
Cita-Cita Tak Kesampaian
Wednesday, 4 January 2012
Mahasiswatefak
dalam hayat aku, aku tak pernah guna istilah mahasiswa. aku guna istilah pelajar universiti sebab istilah mahasiswa ni macam power sangat sedangkan aku tak power pun dari segi akademik mahupun politik. dari segi sukan, boleh tahan. kalau dah nama mahasiswa ataupun pelajar universiti ni, rebel-rebel ni memang biasa. hisap rokok kawasan kolej, parking motor dan kereta sesuka hati, main judi pakau, ponteng kelas pagi, snooker, rempit. ni semua contoh-contoh rebel zaman aku 3 tahun dulu.
mahasiswa sekarang ni lain macam dia punya rebel. kalau aku dulu rebel-rebel lebih terarah kepada benda-benda bangang tapi sedap. rebel mahasiswa sekarang ni aku tengok lebih ke arah benda-benda skema macam politik. kalau politik dalam universiti aku tak kisah, benda standard. ni rebel pasal politik negara. AUKU la, kebebasan berakademik la. apa yang sedap sangat rebel pasal ni? aku syak mahasiswa ni dah tak kenal snooker dan lepak. mereka kenal mesyuarat dan memorandum.
tapi aku yakin tak semua mahasiswa sekarang rebel macam tu. ada lagi yang rebel macam zaman aku dan zaman dulu-dulu punya. aku harap mahasiswa yang macam aku akan kekalkan tradisi rebel yang power lagi sedap. jangan terikut sangat rebel politik geng-geng mahasiswa skema. rebel bukan main lagi siap buat demo tapi yang pergi demo 100 orang-200 orang je. kurang-kurang penuh stadium bukit jalil. buat macam geng-geng Mesir, geng-geng Indon. baru true.
sebelum nak rebel pasal politik negara tu, biar lepas dulu final exam. kalau rasa macam nak repeat paper atau extend paper sebab sayang nak tinggalkan universiti, lantak kau la. kalau yang dah habis belajar, buat resume dulu. rebel-rebel juga, kerja kena cari. baru power.
tapi, ikhlas aku cakap, dari kau rebel pasal politik macam hari tu, lagi elok kalau kau jual topup. dapat gak duit. bangang.

Wednesday, 9 November 2011
Aku, Kimia dan Cikgu Flowerhorn
masa tingkatan 4 dulu, aku macam celaka sikit perangai. masa tingkatan 1 hingga tingkatan 3 aku ok sikit. luaran skema tapi dalaman agak 'rebel'. bukan jenis rebel lawan cikgu ke apa, tapi buat kerja-kerja jahat. jual VCD blue, jual mercun, curi ikan, curi burung, curi barang rumah jiran, start jadi skinhead. masuk je tingkatan 4, karier aku sebagai budak jahat dalaman-luaran skema mula berkembang. ponteng kelas-pergi Billion Shopping Complex, merempit dengan motor member, naik taraf jadi penjual VCD dan DVD blue (ambil stok dengan orang tua kerja stesen minyak Petronas), naik taraf penjual mercun ambil pukal (tak main 2,3 biji. main 2,3 plastik besar), jadi orang tengah nak gaduh antara senior sekolah aku dan sekolah lain. ini antaranya. malas nak ingat lagi. dah, kembali ke cerita asal.
masa tingkatan 4 dulu la ada satu situasi bangang yang buat aku ingat sampai sekarang. benda ni agak lucu bagi aku dan agak celaka bagi para cikgu. masa tu sekolah aku tengah exam bulanan (bulan apa aku tak ingat). hari tu aku ada exam Kimia. exam tu dibuat dalam makmal Kimia. cikgu Kimia aku nama nya Cikgu Dzarifah. nama gelaran Cikgu Flowerhorn. sebab? dahi dia macam ikan Flowerhorn. aku kalau soalan objektif Kimia memang ok. boleh jawab. yang aku lemah adalah bahagian soalan esei. malam sebelum exam tu aku ada study jugak Kimia tapi tak semua bab aku study. yang aku tahu malam tu aku baca semua bab majalah Revolution. bab sama aku belek hari-hari tanpa jemu. kalau cikgu suruh aku buat rumusan 2 mukasurat penuh pasal majalah Revolution, aku boleh bagi 5 mukasurat. heh.
masa exam Kimia bahagian esei tu, soalan pertama aku handal lagi menjawab. bilangan neutron, proton. ah, senang. masuk soalan kedua, aku start terasa diri aku ni bodoh semacam. dalam hati aku,"eh, aku tak baca bab ni semalam. masuk la pulak. bangang bangang." walaupun aku tahu yang aku memang tak tahu jawapan, aku try jugak berfikir apa jawapan dia. aku cuba berfikir seperti seorang ahli kimia. namun begitu, aku tetap tak tahu jawapan sebab dukacitanya aku bukan ahli kimia. aku hanyalah seorang Koperal Kadet Polis sekolah aku. power? heh.
tapi aku masih maintain rilek. aku tengok member aku sebelah kanan, Nik Bazli Shah. "tak tahu jugak menatang ni tengok ke peseng dari tadi lagi gosok kepala botak dia". aku tengok pulak member aku sebelah kiri, Shamsul Azri. "dah terbongkok-bongkok dah menatang ni kuat sangat merenung kertas soalan. gila". aku tengok meja seberang aku, meja budak-budak perempuan. "sedap nampak mereka menulis. tulis jawapan ke buat surat cinta tu?". lepas tengok suasana dalam kelas, aku tengok balik kertas soalan. "aku tak kira. betul ke salah, aku nak tulis juga. aku tak nak ada tempat kosong!".
lagi 5 minit exam nak habis, budak-budak kelas aku mula kelam-kabut. tengok muka masing-masing macam tengah tahan kencing. aku senyum sahaja tengok mereka. selesai senyum, aku kembali menjadi serius dan tengok kertas soalan aku. ada 4 tempat kosong. tak fikir banyak, aku ambil pen dan terus tulis jawapan yang ada dalam kepala aku. hentam saja. siap, cikgu kutip kertas jawapan dan terus aku balik ke kelas tanpa merasa sedikit pun perasaan kecewa mahupun bangga. hanya mampu lega sebab habis sudah Kimia. ada lagi 3 subjek.
3 minggu selepas exam itu, cikgu Flowerhorn masuk dalam makmal. memang kelas aku dalam makmal. senang nak basuh bikar lepas guna. masa cikgu masuk dalam makmal tu, dia sempat pandang aku. muka dia lain macam. muka macam tak puas hati, geram. "lain macam cikgu hari ni. bendera merah sudah berkibar ke tak makan nasi lagi ni?".
"saya betul-betul kecewa, frust, geram dengan salah seorang pelajar saya. saya tahu dia pandai, dia boleh jawab, tapi dia malas."
"minta maaf cikgu. saya tak tahu jawapan soalan ini. saya tak baca bab ni semalam."
aku tulis kat 4 tempat kosong yang aku tak tahu jawapan dengan ayat di atas.
semua budak kelas aku terus ketawa. kuat pulak tu. yang geng jantan dalam kelas aku lagi kuat mereka gelak. aku tersenyum-senyum bangang. apa-apa hal, muka kena maintain nakal. muka cikgu Flowerhorn pulak dah macam Cina mabuk. merah padam muka. geram sangat nampak ke peseng. start dari hari tu, aku sentiasa kena bedal atas belakang dengan getah paip oleh cikgu Flowerhorn kalau aku buat perangai celaka. dia cukup kenal senyum kejahatan aku selepas aku ada buat khianat kat member-member aku. bangang bangang.

Tuesday, 18 October 2011
BFF Kepala Atuk Dia!
perempuan sekarang ni memang tak boleh lari dengan istilah Best Friend Forever (BFF). sesungguhnya aku rasa menyampah gila dengar perkataan ni. konon nya BFF ni macam geng la. kau ada geng kau, aku pun ada geng aku. nak lagi menyampah kalau ada geng BFF perempuan ni bagi nama untuk geng mereka.
kalau ikutkan aturan, BFF ni member-member kamcing la. jadi, bab tikam belakang ni sepatutnya tak wujud. tetapi, baru-baru ini aku ada dengar cerita cerekarama celaka pasal geng BFF ni. ada ke patut salah seorang dari ahli geng BFF tu mengumpat pasal ahli-ahli geng nya yang lain dengan ahli-ahli geng jugak. dalam facebook pulak tu! maju maju.
ini geng BFF perempuan. kalau lelaki, takkan ada macam ni punya. mesti tanya direct punya, bukan cakap belakang-belakang.
persoalannya, ada ke lelaki yang buat geng BFF ni?

Tuesday, 13 September 2011
Mazhab Dalam Interview
kalau nak minta kerja, memang dah wajib kena berhadapan adegan interview. tapi hari ni dalam sejarah 1st time aku dengar nak berhenti kerja pun kena interview.
ya. interview berhenti kerja.
jenis pengurusan nak jadi lain dari yang lain. buat mazhab sendiri. banyak makan semut.

Subscribe to:
Posts (Atom)