Lepas raya baru-baru ni, aku bergaduh mulut dengan pengurus aku. Sebab utama pergaduhan itu berlaku adalah ketidakadilan. Pengurus aku ni adalah seorang perempuan kategori senior/veteran dari sudut umur. Dari sudut lagak dan perwatakan, beliau seorang tua yang tak sedar diri dan bajet muda. Oleh kerana beliau ni perempuan, maka aku ambil langkah untuk bergaduh mulut sahaja. Kalau lelaki, dah tentu bertumbuk dalam pejabat atau kilang.
Dari apa yang aku mampu selidik lepas bergaduh mulut dengan beliau, aku dapat rumuskan dengan satu ungkapan rekaan aku sendiri. Ungkapan itu berbunyi "luaran nampak elok, dalaman rosak teruk".
Kepada pengurus, terimalah sekeping gambar bertemakan rock ini.
Ikhlas dari, Ketua Jabatan Operasi dan staf-stafnya
Kah kah kah!