Mungkin ada yang tertanya-tanya apa sudah jadi dengan blog ini. Kenapa lama tak di-update? Ke mana perginya Abang Mat? Apa hala tuju bola sepak Malaysia?
Bawa bertenang. Benda boleh settle. Untuk menjawab segala persoalan yang dilontarkan oleh anda semua, (perasan. Mana ada orang tanya pun. Sendiri tanya adalah) hanya satu jawapan sahaja yang mampu diberikan kepada setiap persoalan iaitu kerajinan yang telah hilang yang menyebabkan semua benda tak jalan seperti kereta tidak dibasuh dengan tangan dan keringat sendiri, boot bola yang berlumpur dah 2 minggu belum dicuci dan lain-lain lagi.
Berkenaan dengan hala tuju bola sepak Malaysia, ianya masih tidak berubah. FAM tetap bangang dan coach Dato' K. Rajagobal masih lagi hilang punca. Sekian.