Wednesday, 22 August 2012

Barclays Premier League 2012/2013: Apa Masalah The Gunners ni?

Ada satu benda pasal Arsenal ni yang buat aku tak faham. Masa Robin Van Persie dah confirm keluar Arsenal dan join Manchester United, habis sekalian penyokong Arsenal start benci dan maki-hamun Robin Van Persie. Siap ada yang bakar jersey Van Persie tu. Paling gila bila bini Van Persie terima ugutan bunuh sebab Van Persie join Manchester United. Tapi bila Alex Song dah confirm keluar Arsenal dan join Barcelona beberapa hari lepas tu, tak ada pulak penyokong Arsenal maki-hamun, bakar jersey dan buat ugutan bunuh macam Van Persie kena. Pelik betul. 
 
Rasis ke mende ni?

Selamat Hari Raya Aidilfitri Tahun 2012

Tema aku untuk scene hari raya Aidilfitri tahun 2012 adalah 'Sederhana, Bukan Papa Kedana'. Tema ini aku reka sendiri nama dia dan aku rasa nama ni lagi power dari nama tema hari kemerdekaan Malaysia 2012 iaitu 'Janji Ditepati'. Tema raya tahun ni aku sengaja reka sebegitu sebab memang itu yang aku buat untuk sambutan raya tahun ni. Semua benda yang berkaitan dengan scene raya aku pakai yang tahun lepas dan 2, 3 tahun lepas punya start dari baju melayu sampailah ke kasut mahupun selipar. Bagi aku, inilah yang dimaksudkan dengan sederhana, bukan papa kedana.

p/s: Untuk scene raya tahun depan, aku ingat nak buat tema 'Mewah dan Bergaya'. Kah kah kah!

Tuesday, 14 August 2012

Mercun dan Puasa 2012

Untuk bulan puasa tahun ni, aku buat kelainan sikit berbanding tahun lepas. Bulan puasa tahun lepas aku sambut secara normal tapi tahun ni aku sambut secara merbahaya dan mencabar dengan menjadi seorang broker mercun. Broker mercun ni bidang tugas dia tak sama dengan tauke mercun. Broker mercun ni dia cuma ambik order mercun sahaja. Tauke mercun pulak keluar modal sendiri untuk ambik mercun dan jual atau distribute kepada orang bawahan. (Ini hanyalah tafsiran aku. Jangan percaya sangat aku tulis ni. Kah kah kah!)

Sebagai seorang broker mercun yang baru, aku kena ada seorang supplier dan runner yang dah steady dalam scene mercun ni. Nak lagi power kalau boleh dapat seorang supplier merangkap juga seorang runner macam member aku ni. Dua-dua kerja dia buat. Member aku ni memang seorang yang berpengalaman dalam scene seludup. Daripada beras siam hingga kepada baju bayi, semua dia buat. Setakat mercun tu memang tiada masalah bagi member aku. Maka dengan itu, aku hired member aku sebagai supplier merangkap runner aku. 

Sehingga hari ini, dah ramai member-member jadi pelanggan aku. Harga aku memang lain dari yang lain. Sebagai seorang broker yang berjiwa rakyat, aku mark-up harga tak banyak macam tauke mercun buat. Mulai tahun ini, aku berjanji akan menjadi seorang broker mercun setiap kali bulan puasa datang. Janji ditepati adalah slogan aku mem-broker. Kah kah kah!