Wednesday, 29 February 2012

Laporan Paling Celaka Dalam Sejarah

setiap kali masuk tahun baru, benda yang paling aku fed-up sekali adalah laporan penilaian prestasi tahunan. walaupun benda bangang ni aku hanya perlu buat setahun sekali, tapi yang sekali tu jugaklah yang membuatkan aku rasa macam celaka nak buat. dah 2 tahun aku buat laporan celaka ni dan setiap kali aku buat tu lah perasaan nak bakar ofis, nak bom kilang, nak curi besi mesin datang serta-merta kat aku.

benda bangang ni sebenarnya biasa saja tapi yang menjadikan benda ni bangang adalah bos besar dari ibu pejabat. bos besar aku ni peseng dia suka marah dan hentam staf-staf seliaan dia. kalau kau kerja elok macam mana pun, dia akan cari jalan untuk hentam kau. untuk menjadikannya lebih menarik, dia akan hentam kau depan lembaga pengarah. tapi bukan face-to-face. dia guna kaedah email dan CC kepada semua bos-bos yang lagi besar termasuklah lembaga pengarah. amacam? power tak? macam celaka.

dalam hal aku buat laporan bangang ni, setiap kali aku buat memang dia tak puas hati. pengurus cawangan aku rilek je luluskan laporan tu tapi si bos besar ni tidak. dalam 2 tahun aku buat benda ni, 2 jawapan sama yang aku dapat setiap tahun.

"bagus sangat ke staf-staf operasi kat cawangan sana kerja sampai semua markah tinggi-tinggi? macamlah saya tak tahu macam mana mereka kerja. awak kena ingat, saya ada mata dan telinga saya kat cawangan sana. jangan main-main dengan saya. dah ramai yang resign sebab saya."

bangang, bangang. itu laporan penilaian prestasi aku. suka hati aku lah nak bagi markah tinggi ke tak. kah kah kah!

p/s: tujuan utama post ini dibuat adalah dengan niat supaya bos besar aku akan TERBACA post ini time dia tengah melayari internet (kalau jumpa) dan tak akan kacau aku buat penilaian untuk tahun ini.

Monday, 27 February 2012

Perbezaan Orang Melayu, Cina dan India

aku ada kenal seorang mamat cina yang boleh dikatakan agak power. mamat cina ni tak tua, tak muda. umur dalam lingkungan 30-an. aku kata dia ni agak power sebab dia kerja dalam scene pasang mesin yang memerlukan tangan kena kotor dengan minyak gris dan badan wajib berpeluh. zaman sekarang ni susah tahu tak nak tengok mamat-mamat cina kerja macam ni. kebanyakannya kerja dalam ofis, bukak butik baju, jadi tukang gunting rambut stylo, tak pun kedai jual handset.

aku respek mamat cina ni sebab dia boleh sampai tahap sekarang ni bukan dengan sijil tapi dengan pengalaman. dia start kerja dalam scene pasang mesin ni lepas SPM. habis SPM terus masuk scene ni. niat awal dia join scene ni sebenarnya sekadar nak isi masa lapang sementara tunggu result sambil mencari duit poket sebagai bekalan untuk berjudi pada hujung minggu. alih-alih lepas keluar result, terus tak nak sambung belajar. dia tak nak sambung belajar bukan sebab result macam celaka (memang result dia celaka, dia cakap) tapi sebab income sedap lagi menyelerakan.

pengalaman mamat cina ni memang power. dengan pengalaman yang dia ada, dia dah banyak kali pergi ke luar negara macam Hong Kong, Singapura, dan Jerman untuk pasang mesin. dalam Malaysia tak payah cakap. semua dia dah pergi untuk pasang mesin. yang aku peliknya apa hal company dari Malaysia yang dipilih oleh company luar negara untuk pasang mesin? sampai ke Jerman pulak tu. pergi sana bukan 1 minggu, 3-4 bulan tahu tak!

"u tipu sama saya ke ni Ah Yin. apa hal lu punya company pergi sampai Jerman sana? Jerman takde company yang boleh buat ka?"

"tiuuu..apa hal saya mau tipu sama u.. itu Jerman punya olang aa panggil saya punya company pasal saya punya company saja yang buat ini pasang, servis printing machine.. ini macam punya company tarak manyak lu tau ka..itu pasal saya punya company manyak dapat job..duit pun manyak masuk maa.."

"u punya caj apa macam kira? pakai RM ka apa?"

"tengok itu tempat punya currency la..macam itu Hong Kong aa saya punya company caj pakai Dollar la pasal sana punya currency pakai Dollar.."

lepas aku dengar mamat cina ni beritahu pasal ni, aku macam terpegun gila. wajib banyak gila duit mamat ni. patut la umur 20-an dah boleh pakai Toyota Altis. anak sulung mamat cina dia buat insurans satu badan. umur tak sampai 2 tahun lagi. bulan-bulan dia bayar RM2000 untuk insurans anak dia sahaja. boleh bayang tak banyak mana gaji mamat cina ni bulan-bulan? tahap dia sekarang ni ibarat jurutera walaupun takde ijazah. apa-apa hal pun, mamat cina ni pernah cakap kat aku satu benda yang aku ingat sampai sekarang.

"mana-mana u pegi aa, u tengok itu Cina punya olang aa.. manyak suka judi. itu Melayu punya olang aa.. manyak suka kongkek. India punya olang aa.. manyak suka minum mabuk-mabuk"

aku senyum dan angguk kepala je lepas dia cakap. memang betul apa yang mamat cina ni cakap. boleh tahan power pengamatan dia berkenaan dengan orang Melayu, Cina dan India di Malaysia. ni kalau aku join scene pasang mesin macam mamat cina ni, rasanya Subaru Impreza version 10 selamba je aku pakai sebelum umur 30 tahun. baki duit beli kereta tu aku sauk sport rim Volks Racing CE28 kaler bronze. power, power. power betul aku berangan.

Sunday, 26 February 2012

Ramona Zamzam bukan The Ramones

tadi aku pergi stadium sebab aku dah janji dengan Ramona Zamzam yang aku nak ambik gambar dengan dia hari ni. ya, Ramona Zamzam. bukan The Ramones. aku janji dengan dia dalam twitter. muahahaha

tapi time nampak Ramona Zamzam depan muka tadi, mulut tiba-tiba buat hal tak nak cakap. aku just tengok je dia atas bawah, atas bawah. celaka betul la perasaan malu ni. depan awek cun pun tak bagi peluang kat aku. asshole!

Friday, 24 February 2012

Trend Orang Melayu: Perihal Hantu Raya, Saka & Segala Jenis Benda Tahyul

salah satu trend orang Melayu turun-temurun dari dulu sampai sekarang adalah minat yang mendalam terhadap benda-benda tahyul. bela hantu raya, hantar saka, hantar ayat penunduk, bela toyol antara benda-benda tahyul yang famous amos. scene benda-benda tahyul ini aku panggil "tahyulisme". perkataan ni aku bikin sendiri sebab nampak sesuai.

tengahari tadi ada cleaner kat kilang tempat aku kerja yang tengah sedap kerja tiba-tiba masuk hantu. siap berjangkit kena member lagi sorang pulak tu. kedua-dua member yang masuk hantu ni perempuan tapi dia punya tahap meroyan tu power gila sampaikan 6 orang member laki tak boleh nak control. ada sorang member lelaki ni siap kena tendang kat perut. nasib baik perut member tu banyak lemak. taklah rasa senak sangat.

bos aku tadi punyalah takut sampai ambik half day tadi. yang aku peliknya, lepas settled buang benda alah tu, member 2 orang yang masuk hantu tu selamba je kerja balik sampai habis time. yang bos ni siap ambik half day lagi padahal tak kena pun. kah kah kah.

p/s: benda alah tu adalah hantu raya. suami ke bekas suami cleaner tu yang hantar kat dia sampai benda tu follow sekali ke kilang aku. orang Melayu dan benda-benda tahyul memang tak dapat dipisahkan.



Bolasepak Malaysia: Episod 1

aku ni seorang yang berjiwa patriotik. tak kira dalam apa hal sekalipun yang melibatkan Malaysia, semangat patriotik aku secara otomatik akan keluar. time Malaysia dan Singapura kecoh pasal Pulau Batu Putih, aku tetap Malaysia. betul atau salah suku kira. pasal kes dengan Indonesia, lagi lah aku patriotik. time Malaysia kena kutuk dengan mat-mat dan minah-minah Indon dalam facebook pasal bola sepak sukan SEA, aku join patriot-patriot Malaysia yang lain backed-up Malaysia. kutuk Indon balik tapi dengan cara profesional. bukan meroyan tak tentu hala macam mereka.

aku perhati sekarang ni makin ramai rakyat Malaysia mula berubah menjadi pengkritik terutamanya dalam scene bola sepak di Malaysia. cara sorang-sorang tu kritik kadangkala buat aku jadi terpegun. ada juga yang buat aku jadi macam 'apa hal mamat ni'. yang kutuk maki hamun tak payah cakap la. memang bersepah. kalau kutuk ada fakta ok juga. ni kutuk main nama bapak la, mencarut la. macam la Fakri Shaarani tu tahu sangat apa yang orang kutuk dia. kalau dia tahu pun, belum tentu dia kisah.

tapi apa-apa hal aku memang respek mana-mana fan yang kritik tentang taktikal. cara mereka explain tu ada yang dah macam profesional, ada pengalaman. seriously, mana-mana fan yang betul-betul rasa diri mereka berkebolehan untuk menjadi coach, please, buat apa yang patut. masuk kursus kejurulatihan, masuk akademi ke apa ke. tolong bola sepak kita. hanya kita sendiri boleh menaikkan taraf bola sepak kita. takkan nak harapkan Pep Guardiola, Guus Hiddink? mereka tak peduli pasal bola sepak kita.

pasal FAM, ramai yang fikir FAM perlukan perubahan. dalam hal ni, aku sokong. rombak balik FAM. dah berapa lama Sultan Bola tu pegang FAM tapi bola sepak kita tak power-power juga. bagi pada mereka-mereka yang tahu dan sayang pasal scene bola sepak untuk pegang FAM. aku tiada masalah kalau orang politik mahupun kerabat diraja yang pegang FAM kalau diorang betul-betul true dengan bola sepak. kalau aku, aku ambil orang-orang yang memang kerjaya dia dalam scene bola sepak terutamanya bekas pemain bola sepak.

kepada mana-mana pemain bola sepak tak kira yang power, yang amatur, yang main kampung, teruskan bermain bola sepak. kalau rasa diri tu ada bakat, gunakan sebaik mungkin. masuk akademi, masuk sekolah sukan. main bola betul-betul. jangan pikir nak main bola tahap profesional sebab boleh dapat bini artis macam Rita Rudaini dan beli kereta mahal-mahal. yang ni benda kecik je. main untuk benda yang lagi grand iaitu main untuk negara. naikkan nama negara dengan bola sepak bermutu tinggi. jangan naikkan nama negara dengan skandal artis, rasuah, jual game.

kalau aku ni seorang pemain bola sepak yang power, tak pun seorang coach yang berbakat dan berkebolehan, dah lama aku buat apa yang patut untuk tolong bola sepak Malaysia. tapi sayang, aku hanyalah seorang pemain bola sepak bertaraf kelab bukan profesional dan tak berdaftar, tiada kekuatan stamina, tiada skil power macam Lionel Messi atau Christiano Ronaldo. tapi apa yang aku tahu, aku sokong bola sepak Malaysia dari liga Super ke liga FAM hinggalah ke Harimau Malaya dan Harimau Muda A sampai Z.

Thursday, 23 February 2012

Lagu Hari Ini: Bittersweet - Knight of The Round Table

sedap dan power.

Best All-Time Movies in the History of All-Time Movies: 1

High Fidelity is truely, without a doubt, one of the best all-time movies in the history of all-time movies and will definitely be one of my all-time favorite movies!

p/s: John Cusack dan Jack Black memang power!

Saturday, 11 February 2012

Perihal Perempuan

aku pernah dengar ada seorang old-timer ni pernah cakap yang salah satu benda misteri dalam dunia ni adalah perempuan sebab tak ada seorang pun lelaki yang boleh faham pasal perempuan sepenuhnya. aku fikir-fikir balik, memang betul apa yang old-timer ni cakap. seorang lelaki yang power dalam cara-cara mengorat perempuan tidak akan dapat memahami semua perempuan yang dia tackle.

aku sampai sekarang memang tak dapat faham perempuan sepenuhnya. banyak cakap tak serupa bikin. dari pengamatan dan pengalaman aku dalam scene awek ni, satu benda je aku boleh cakap.

don't take anything for granted whatever comes out from a woman's mouth because it may or will change into something else in the future. just listen and remember.

Wednesday, 1 February 2012

Pukulan 100-Petala Langit Twitter

sejak kebelakangan ni, aku baru perasan makin ramai member-member aku main Twitter. yang tak tahannya aku ni dah lama main Twitter kalau nak banding dengan member-member aku yang baru je masuk scene Twitter tapi mereka ni dah tweet lagi banyak dari aku. berpuluh-puluh kali ganda lagi banyak! HAHAHA.

persoalannya sekarang, macam mana aku nak buat Neelofa dan Sara Ali reply atau retweet aku?

Liga Bola Sepak Sepanyol

kalau sebut pasukan bola sepak Sepanyol ni wajib semua kenal. kalau siapa tak kenal, memang sah dia duduk dalam gua selama ni. scene bola sepak Sepanyol ni ada 2 jenis liga. Liga BBVA Primera Division dan Liga Adelante Segunda Division. antara 2 liga ni, Liga BBVA Primera Division paling top. liga ni juga selalu aku dengar pengulas sukan sebut La Liga. nama gelaran dia. La Liga ni tersangatlah famous sebab 2 benda, FC Barcelona dan Real Madrid CF.

sesungguhnya, aku tak minat sangat dengan liga ni sebab liga ni kurang 'fight', kurang sengit. alih-alih, FC Barcelona dan Real Madrid CF. 2 pasukan ni je yang fight sengit untuk menang liga. pasukan lain? macam tak wujud. perbezaan point jauh gila. kalau tengok berita pasal liga ni, aku lebih suka tengok pasukan no. 3 hingga no. 7 dalam liga sebab kedudukan-kedudukan ni selalu bertukar. ada 'fight'. kira kalau bertumbuk tu, dua-dua side makan penumbuk la.

apa-apa hal pun, antara 2 pasukan power di dunia tu, aku minat Real Madrid CF. dulu aku pernah minat FC Barcelona sebab mereka memang power. passing bola macam makan nasi. selamba je passing bola celah-celah player lawan. dia punya control ball tu macam bola melekat kat kasut. tapi lepas berlaku insiden 'cerekarama tengah padang' time lawan Real Madrid, aku tak fikir banyak terus cancel minat kat Barcelona. tak sangka player Barcelona pun power berlakon. dah macam Rosyam Nor dan Faizal Hussein punya lakonan. sentuh sikit je, dia punya guling tu macam nak mati.

persoalannya sekarang, pasukan mana yang boleh menang dengan FC Barcelona dengan kesebelasan utama mereka? kalau ikut gaya permainan, harapan aku memang Real Madrid CF tapi tak jadi juga. Manchester United kalau boleh menang pun sebab nasib. AC Milan? wajib kena ayam sebab AC Milan main slow. Chelsea mungkin boleh sebab ramai player mereka kuat dan kental tapi tua-tua la pulak. harapan aku lepas ni kat Arsenal dan Manchester City sebab stail main bola nampak macam boleh pergi jauh.

kalau Liverpool? macam mana nak lawan Barcelona, main Eropah pun tak dapat. ajak Barcelona main friendly je la kalau nak lawan sangat. tu pun kalau Barcelona nak.